Page 1225 - e Prosiding Serai 2021
P. 1225

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   PERSPEKTIF GURU TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM DUAL-LANGUAGE
                                            (DLP): REALITI ATAU FANTASI?

                                                                                               3
                                          1
                         Ashairi Suliman , Mohamed Yusoff Mohd Nor  dan Melor Md Yunus
                                                                        2

                             1  Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (ash860629@gmail.com)
                                            2, 3 Universiti Kebangsaan Malaysia

                                                       ABSTRAK


               Program  Dual-Language  (DLP)  menjadi  sebuah  agenda  untuk  membentuk  dan  membina

               keupayaan  dwibahasa  di  kalangan  pelajar.  Dalam  konteks  pendidikan  Malaysia,  DLP
               memfokuskan  kepada  penggunaan  Bahasa  Inggeris  sebagai  medium  perantara  dalam

               pembelajaran  dan  pengajaran  subjek  sains  dan  matematik.  Bertunjangkan  kepada  polisi
               Pengajaran  dan  Pembelajaran  Sains  Matematik  dalam  Bahasa  Inggeris  (PPSMI),
               pelaksanaan  DLP  perlu  dikaji  dan  dianalisa  dari  sudut  pandangan  guru  sebagai  agen

               pemudahcara.  Dengan  mengambil  kira  tempoh  pelaksanaan  yang  telah  memasuki  tahun
               keenam, kajian  ini  mengutarakan  persepsi,  pandangan serta  cabaran  dalam  pelaksanaan
               DLP. Untuk itu, seramai 435 orang guru DLP subjek sains dan matematik seluruh negara telah

               terlibat  dalam  kajian  ini  yang  mengaplikasikan  penggunaan  soal  selidik,  soalan  terbuka
               tertutup  serta  perbincangan  kumpulan  berfokus.  Dapatan  mendapati  walaupun  guru
               mempamerkan persepsi positif terhadap program ini, beberapa permasalahan utama turut

               diutarakan.  Isu  dan  cabaran  yang  dizahirkan  perlu  ditambah  baik  serta  dimurnikan  untuk
               memastikan  kelancaran  pelaksanaan  program  ini.  Malah,  fungsi  guru  sebagai  agen

               pemudahcara dalam proses pembelajaran perlu dititikberatkan demi memastikan kesediaan
               pelajar  berada  pada  tahap  yang  sewajarnya.  Secara  konklusinya,  peranan  guru  dalam
               menjayakan program ini amatlah penting dan perlu diberi sokongan  berterusan.


               Kata kunci: Program Dual Language (DLP); guru; pendidikan dwibahasa; Bahasa Inggeris
               sebagai bahasa kedua


               PENDAHULUAN


               Keperluan untuk melahirkan pelajar dwibahasa dalam persekitaran sekolah dilihat semakin
               meningkat. Pendidikan dwibahasa ialah sebagai satu langkah integrasi  dalam mewujudkan
               kesaksamaan  dan  memupuk  komunikasi  sosial  (Shah  &  Ahmad,  2007).  Pendidikan

               dwibahasa bertujuan untuk memperkenalkan pelajar bukan penutur jati kepada persekitaran
               akademik  bahasa  Inggeris  dengan  mengajar  kandungan  dalam  bahasa  ibunda  mereka
               (Freeman,  1996).  Pembelajaran  dwibahasa  bukan  sahaja  dapat  meningkatkan  kemahiran



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1203
   1220   1221   1222   1223   1224   1225   1226   1227   1228   1229   1230