Page 1227 - e Prosiding Serai 2021
P. 1227
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menggunakan kedua-dua bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran, manakala DLP di
Malaysia menggunapakai satu bahasa sahaja dalam proses pembelajaran.
Beberapa kajian telah dijalankan berdasarkan perspektif guru yang terlibat dalam
program DLP. Unting dan Yamat (2017) mendedahkan bahawa kekurangan sokongan dan
bimbingan kepada guru adalah cabaran utama dalam pelaksanaan program DLP. Kajian
Bullah dan Yunus (2019) pula mendapati guru DLP di kawasan bandar bersikap positif
terhadap pelaksanaan DLP, namun gusar dengan kekurangan kemudahan dan sumber.
Shamsudin, Abdullah dan Noh (2018) pula mendedahkan kesediaan guru terhadap
perlaksanaan DLP adalah pada tahap sederhana dari segi kemahiran, pengetahuan dan
minat. Untuk itu, peranan guru dalam memastikan kelancaran pelaksanaan DLP perlu dikaji.
Malah, keperluan pendidikan guru perlu ditinjau kerana setiap reformasi pendidikan memberi
harapan baru kepada guru (Madalinska-Michalak & Bavli, 2018). Berdasarkan permasalahan
di atas, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman guru dalam pelaksanaan DLP dan
mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan program DLP.
SOROTAN LITERATUR
Perlaksanaan DLP amat digalakkan kerana ia mempunyai banyak manfaat positif. DLP
membantu perkembangan bahasa, memupuk keseronokan dan pemikiran positif,
meningkatkan kemenjadian serta pencapaian akademik pelajar (Hamman, 2018; Lindholm-
Leary, 2016; Li et al., 2016; Jong, 2016; Lee & Jeong, 2013; Thomas & Collier, 2012). Program
ini mewujudkan persekitaran pembelajaran dwibahasa yang menyokong perkembangan
bahasa ibunda dan bahasa sasaran yang seimbang berdasarkan program, tahap kurikulum
dan instruksional (Jong & Bearse, 2014). Freeman (1996) dan Lindholm-Leary dan Howard
(2008) berpandangan DLP dapat membina kemahiran bahasa kedua di samping
mengekalkan kefasihan dalam bahasa pertama. Sebilangan besar DLP melibatkan bahasa
Inggeris sebagai bahasa sasaran. Pendekatan ini disebabkan oleh pengaruh Bahasa Inggeris
sebagai bahasa global dan di Malaysia, Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran wajib dalam
kurikulum pendidikan kebangsaan (Azman, 2016; Shah & Ahmad, 2007).
Guru berperanan memastikan keberkesanan perlaksanaan DLP. Menurut Lindholm-
Leary (2012), kekurangan guru yang berkelayakan dan berkebolehan adalah cabaran utama
dalam banyak program imersif DLP. Oleh itu, guru yang terlibat dalam program ini harus mahir
dalam kedua-dua bahasa. Menurut Palmer dan Henderson (2016), guru tidak terlibat secara
langsung dalam membuat keputusan mengenai perlaksanaan DLP di Amerika Syarikat dan
mereka menerima sokongan yang terhad dalam perlaksanaannya. Guru juga diharapkan
dapat menampung input bahasa kedua dengan menggunakan pelbagai strategi yang dapat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1205

