Page 438 - e Prosiding Serai 2021
P. 438

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Selain  itu,  gaya  pembelajaran  pelajar  (Baharin,  2000;  Che  Ghani,  Mai  Shihah,
               Arasinah, Zaliza & Ridzuan, 2016), sikap dan kemahiran belajar (Abdul Muqsith, 2013) dan

               faktor pengurusan masa (Azura, Rohany, Rozainee & Wan Shahrazad, 2015) turut memberi
               kesan terhadap pencapaian akademik mereka semasa di institusi pengajian tinggi. Pelajar
               cemerlang didapati lebih mengamalkan elemen sosiologikal, berbanding elemen fizikal dan

               elemen persekitaran (Nur Munirah, Mohamad Farhan, Gayathiri, Nuh Dinie & Izzati, 2014).
                       Selain akademik dan kokurikulum, pencapaian dalam praktikum juga turut diambil kira

               sebagai  syarat  penganugerahan  ijazah  bagi  pelajar-pelajar  PISMP  di  IPG.  Praktikum
               merupakan  satu  komponen  penting  yang  menjadi  penghubung  di  antara  pembelajaran  di
               kampus  dan  realiti  profesion  guru  di  sekolah.  Kesediaan  guru  pelatih  perlu  dibina  bagi

               menjalankan tugas perguruan dan gerak kerja dengan berkesan, efektif dan efisien mengikut
               kaedah  dan  pendekatan  yang  terbaik  (Senin  2008).  Transformasi  pendidikan  guru  yang

               dijalankan di negara maju untuk membentuk guru yang berkualiti ialah dengan menambah
               tempoh praktikum (Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), 2005;
               Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).

                       Pengalaman  praktikum  akan  membentuk  sikap,  nilai  dan  kepercayaan  bakal  guru
               terhadap pendidikan dan hasil pembelajaran secara amnya dan juga memberi kesan terhadap
               pandangan berkaitan profesion keguruan secara keseluruhannya (Darden, Scott, Darden &

               Wetfall,  2001).  Program  latihan  praktikum  memberi  kesan  positif  kepada  pembangunan
               profesional dan kemahiran insaniah pelajar sebagai seorang bakal pendidik (Noor Lela & Nor
               Atikah,  2018).  Kajian  turut  membuktikan  bahawa  terdapat  hubungan  yang  positif  antara

               kemahiran  generik  dan  pencapaian  akademik  guru  pelatih  (Kamarul,  Farah,  Hasnah,
               Manoriza & Zairiniah, 2017).


               OBJEKTIF KAJIAN


               Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif khusus berikut, iaitu:

                   1.  Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (7A ke atas)

                       dalam praktikum.

                   2.  Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (5A hingga 6A)

                       dalam  praktikum.

                   3.  Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang keputusan SPM 4A dan ke bawah

                       dalam praktikum.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   417
   433   434   435   436   437   438   439   440   441   442   443