Page 437 - e Prosiding Serai 2021
P. 437

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               (IPG) diperketatkan dengan memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi
               setiap kohort yang tamat persekolahan. Ini bermakna, hanya 30% pelajar yang cemerlang Sijil

               Pelajaran Malaysia (SPM) diambil untuk meneruskan pelajaran di IPG bagi melahirkan guru
               yang berkualiti, kompeten dan berupaya meningkatkan taraf pendidikan Negara kepada suatu
               tahap yang lebih bermutu.

                       Justeru, pengambilan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di
               IPG  mulai  tahun  2014  adalah  selaras  dengan  tuntutan  yang  termaktub  dalam  Anjakan

               Keempat PPPM (2013-2025) tersebut. Pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti pengajian di IPG
               merupakan  pelajar-pelajar  cemerlang  dalam  SPM  dan    memperoleh  sekurang-kurangnya
               gred cemerlang (5A) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. Melalui tapisan dan ujian

               yang dijalankan, pemilihan pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan sahsiah,
               malah memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan

               profesion dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah.
                       Pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM ini lazimnya diandaikan akan turut cemerlang
               dalam pengajian di IPG. Pencapaian pelajar yang menamatkan pengajian di IPG diukur dari

               aspek akademik, praktikum dan juga kokurikulum. Praktikum merupakan aktiviti pembelajaran
               luar kuliah yang ditetapkan oleh IPG untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan
               Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  (ISMP)  bagi  memberi  pendedahan kepada  pelajar  dalam

               suasana sebenar alam pekerjaan. Kejayaan memperoleh penganugerahan ISMP di IPG perlu
               memenuhi syarat-syarat penganugerahan yang telah ditetapkan iaitu a) menyempurnakan
               semua  keperluan  akademik  seperti  yang  termaktub  dalam  kurikulum  pengajian  yang

               ditetapkan;  dan  b)  kehadiran  100%  dalam  kuliah,  tutorial,  kelas,  praktikum,  gerak  kerja
               kokurikulum  dan  aktiviti-aktiviti  pembelajaran  yang  lain  berhubung  dengan  kursus

               pengajiannya atau apa-apa aktiviti yang dijadualkan oleh IPG. (IPGM: Buku Panduan dan
               Syarat Penganugerahan, Kemas kini Julai 2020)

               SOROTAN LITERATUR


               Pencapaian  akademik  semasa  di  peringkat  sekolah  menengah  merupakan  salah  satu
               peramal terbaik ke atas pencapaian akademik pelajar di institusi pengajian tinggi (Ditchkoff,
               Laband  &  Hanby,  2003;  Kim,  Newton,  Downey  &  Benton,  2010).  Namun  begitu

               kecemerlangan pelajar turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain. Faktor kejayaan pelajar di
               institusi  pengajian  tinggi  tidak  sahaja  bergantung  kepada  keputusan  akademik  terdahulu
               (Bridgeman,  McCamley-Jenkins  &  Ervin,  2000),  tetapi  turut  dipengaruhi  oleh  sistem

               pendidikan,  rakan-rakan,  kemudahan,  ibu-bapa  dan  persekitaran  (Meer  Zhar  Farouk,
               Muhammad Shukri & Mohd Zahari, 2006).





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   416
   432   433   434   435   436   437   438   439   440   441   442