Page 439 - e Prosiding Serai 2021
P. 439

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PERSOALAN KAJIAN

                   1.  Apakah  keputusan  akhir  pelajar  PISMP  yang  cemerlang  SPM  (7A  ke  atas)  dalam

                       praktikum?
                   2.  Apakah keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (5A hingga 6A) dalam

                       praktikum?

                   3.  Apakah keputusan akhir pelajar PISMP yang keputusan SPM 4A dan ke bawah dalam

                       praktikum?



               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melalui analisis
               dokumen. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif (frekuensi dan peratusan) menggunakan

               Microsoft  Excell  bagi  menjawab  objektif  dan  persoalan  kajian.  Kajian  ini  bertujuan  untuk
               mengenal pasti keputusan akhir praktikum pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 yang cemerlang
               SPM. Persoalan kajian yang akan dijawab ialah adakah pelajar yang cemerlang SPM turut

               cemerlang  dalam  peperiksaan  akhir  praktikum  semasa  mengikuti  PISMP  di  IPG?  Definisi
               cemerlang SPM dalam kajian ini merujuk kepada pencapaian SPM 5A dan ke atas. Manakala

               pelajar yang mendapat keputusan SPM 4A dan ke bawah tidak dianggap  sebagai pelajar
               cemerlang SPM.
                       Sampel kajian melibatkan semua pelajar PISMP ambilan Jun 2015 iaitu seramai 2252

               orang dan keseluruhan populasi dijadikan sampel kajian. Keputusan peperiksaan SPM pelajar
               telah diperoleh daripada Lembaga Peperiksaan, KPM dan markah akhir praktikum didapati
               daripada  Pusat  Peperiksaan  dan  Penganugerahan,  Institut  Pendidikan  Guru  Malaysia

               (IPGM). Dapatan kuantitatif telah dianalisis secara manual menggunakan  Microsoft Excel.
               Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif bilangan dan peratusan serta dipaparkan
               dengan menggunakan jadual.


               DAPATAN KAJIAN


               Demografi Responden

               Daripada 2252 orang responden, majoriti adalah mereka yang memperoleh 5A hingga 6A
               dalam SPM iaitu seramai 1136 orang (50.4%), diikuti dengan 7A ke atas seramai 1053 orang
               (46.8%) dan 4A dan ke bawah seramai 63 orang (2.8%). Jadual 1 menunjukkan bilangan dan

               peratus responden mengikut keputusan SPM.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   418
   434   435   436   437   438   439   440   441   442   443   444