Page 436 - e Prosiding Serai 2021
P. 436
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENCAPAIAN AKHIR PRAKTIKUM PELAJAR PISMP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU YANG CEMERLANG SPM
1
Norhannan Ramli , Norsita Ali , Mohd Nasrudin Basar Shamsazila Saában ,
2
4
5
Azahar Aziz
1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Malaysia
norhannan@ipgm.edu.my
ABSTRAK
Pelajar yang berjaya diterima untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang memperoleh sekurang-kurangnya gred 5A dalam mana-mana lima (5)
mata pelajaran. Persoalannya, adakah pelajar cemerlang SPM ini berjaya menamatkan
pengajian dengan mengekalkan kecemerlangan dalam keputusan akhir praktikum setelah
mengikuti pengajian selama 5 tahun di IPG? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenal pasti sama ada terdapat keselarian keputusan cemerlang SPM bagi seramai 2,252
orang pelajar PISMP ambilan Jun 2015 dengan keputusan pencapaian akhir praktikum di IPG.
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan data keputusan akhir praktikum
PISMP dan data keputusan SPM. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif (frekuensi dan
peratusan) menggunakan Microsoft Excell bagi menjawab objektif dan persoalan kajian. Hasil
kajian mendapati seramai 1,562 orang (69.36%) pelajar PISMP ambilan Jun 2015 yang
cemerlang SPM memperolehi Gred A dalam keputusan praktikum. Selanjutnya, seramai 313
orang (13.90%) memperoleh Gred A- dan seramai 227 orang (10.08%) memperoleh Gred A+
dalam keputusan praktikum. Hanya sebilangan kecil sahaja iaitu seramai 29 orang (1.29%)
yang gagal dengan pencapaian Gred D dalam praktikum. Dapatan ini memperlihatkan
bahawa majoriti pelajar PISMP ambilan Jun 2015 yang cemerlang SPM, cemerlang juga
keputusan praktikumnya. Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pencapaian pelajar
cemerlang dalam SPM adalah selari dengan pencapaian praktikum mereka di IPG.
Kata kunci: pelajar PISMP IPG, cemerlang SPM, pencapaian akhir, praktikum
PENGENALAN
Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) iaitu
‘Transformasikan Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan’, mengandungi tujuh fokus
utama bagi memartabatkan profesion keguruan. Fokus pertama yang dilaksanakan dalam
Gelombang Pertama adalah mengetatkan kelayakan kemasukan guru untuk melahirkan
graduan guru yang berkualiti. Proses pemilihan ambilan guru ke Institut Pendidikan Guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 415

