Page 743 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 743
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
FAKTOR IBU BAPA DAN GURU MATA PELAJARAN MENYEBABKAN MASALAH
PONTENG DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG PUTERI, KUALA
KETIL, KEDAH.
Muruga A/L Krishnan (Phd)
(Guru Pakar / Cemerlang)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri,
09300 Kuala Ketil, Kedah.
ABSTRAK
Ponteng sekolah merupakan salah satu isu telah dibincangkan dalam kalangan masyarakat
kini. Kajian ini merupakan kajian kes di sebuah sekolah menengah harian daerah Baling,
Kedah. Kajian ini telah dibincangkan faktor ibu bapa dan guru matapelajaran menyebabkan
masalah ponteng di SMK Tanjong Puteri, 09300 Kuala Ketil, Kedah. Dalam kajian ini pengkaji
telah menggunakan sampel rawak jenis kelompok dengan memilih pelajar-pelajar tingkatan 5
di SMK Tanjong Puteri. Seramai 100 orang pelajar daripada 184 pelajar di tingkatan 5 bagi
tahun 2019. Data dianalisis secara statistik deskriptif iaitu min berbantukan perisian E-Views
Versi 20.00. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi faktor ibu bapa
berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.58. Justeru itu, dapatan kajian menunjukkan
bahawa kebenaran ibu bapa memberikan saya keluar dengan rakan sebaya skor min adalah
tinggi iaitu 4.25. Bagi sikap guru mata pelajaran yang menyebabkan masalah ponteng pula
menunjukkan pada tahap tinggi dengan skor min 3.73. Justeru itu, dapatan kajian
menunjukkan guru tidak menggunakan BBM selaras dengan PAK21 bahawa skor min adalah
tinggi iaitu 4.45. Keseimpulannya, semua pihak berganding bahu antara satu sama lain untuk
menangani masalah ponteng sekolah.
Kata kunci: Faktor Ibu bapa dan guru mata pelajaran menyebabkan ponteng sekolah.
PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, ponteng sekolah merupakan salah satu tingkah laku atau disiplin
pelajar dalam media pendidikan. Stuphen, Fort dan Faltherty (2009), menjelaskan ponteng
ialah sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh masa.
Sejak tahun 1994 hingga 2003 di Malaysia masalah ponteng dalam kalangan pelajar semakin
barah dan menonjol. Mengikut sumber data Kementerian Pelajaran Malaysia (2018) juga turut
menunjukkan bilangan ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mengikut
sumber data kementerian mengutarakan bahawa di sekolah menengah kes ponteng semakin
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 722

