Page 744 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 744
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
meningkat terutamanya pelajar berumur 14 hingga 16 tahun. Mengikut sumber data
Kementerian Pendidikan Malaysia pelajar lelaki penyumbang utama berbanding dengan
pelajar perempuan dalm kes ponteng di Malaysia.
Wee Ka Siong ponteng sekolah ditafsirkan sebagai salah laku yang berat sepertimana
kes pukul dan gadul dalam kalangan pelajar sekolah. Menurut Norzawati Leni, Ahmad Nadzru
Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), menyatakan bahawa masalah ponteng merupakan
masalah sosial yang utama dalam bidang pendidikan di Malaysia. Pandangan ini selaras
dengan pandangan Arsathamby dan Ng (2014). Kemudian, menurut Zhang, Wilson,
Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu (2010), ponteng ditakrifkan sebagai merupakan amalan
ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dalam kalangan pelajar. Terdapat
pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada gejala ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar sekolah menengah antaranya ialah faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya, masalah
pelajar dengan guru mata pelajaran dan faktor persekitaran. Tetapi faktor yang dominan
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar ialah faktor keluarga dan faktor sekolah.
PENYATAAN MASALAH
Mengikut pemerhatian pengkaji terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar melibatkan
diri dalam gejala ponteng sekolah antaranya adalah disebabkan faktor ibu bapa dan faktor
guru. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
gejala ponteng dalam kalangan pelajar tingkatan 5.
Menurut sumber yang diperolehi, kebanyakkannya pelajar yang terlibat dengan gejala
ponteng sekolah datangnya dari kawasan luar bandar. Hal ini kerana, pelajar-pelajar yang
tinggal di luar bandar sering kali menghadapi masalah dari segi persekitaran tempat tinggal,
sosioekonomi keluarga dan pergaulan antara rakan-rakan.
Baru-baru ini segilintir ibu bapa yang sibuk bekerja dan mementingkan kebendaan
serta sifat materialistik menyebabkan tidak mempunyai masa untuk meluangkan dengan
anak-anak mereka. Adakah ibu bapa merupakan salah satu punca utama kewujudan masalah
ponteng di sekolah? Kebanyakkan remaja yang mudah berasa tertekan di sekolah akan
mengambil keputusan yang terburu-buru dengan melakukan gejala ponteng sekolah dan
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Selain itu, terdapat juga remaja yang melakukan gejala ponteng sekolah disebabkan
oleh pihak sekolah. Hal ini kerana, apabila seseorang pelajar mendatangkan kemarahan
kepada guru mata pelajarannya, ini sekaligus akan menyebabkan guru mata pelajaran
tersebut tidak menyukai pelajar tersebut dan sering memarahinya. Persoalan di sini, adakah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 723

