Page 745 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 745

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               hanya ibu bapa mendorong masalah ponteng dalam kalangan pelajar? Oleh itu, sikap guru
               mata pelajaran mendorong masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.


                       Masalah  ponteng  dalam  kalangan  pelajar  perlu  menangani  dengan  segera  bagi
               mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku

               ponteng. Oleh itu, bagi mengurangkan masalah ini, langkah perdana yang perlu dicari ialah
               punca  dan  faktor  yang  menyebabkan  berlakunya  masalah  ponteng  sekolah  seterusnya
               mencari jalan untuk mengatasinya. Jadi, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor ibu

               bapa dan faktor guru yang menyebabkan pelajar melakukan gejala ponteng sekolah ini.


               SOROTAN KARYA


               Pelajar merupakan sebuah kumpulan yang difokus oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap
               pendidikan  dan  mewujudkan  modal  insan  yang  cemerlang  pada  abad  ke-21  ini.  Namun
               remaja jugalah yang akan mencemarkan nama negara kita di mata dunia yang lain dengan

               keruntuhan akhlak melalui gejala ponteng sekolah ini.


               Teori Ponteng Sekolah

               Menurut Eastman, Cooney, O’Connor dan Small (2007), menyatakan bahawa “Truancy is a
               status offense that is an act that would not be criminal if committed by an adult”. Gabb (1994)
               pila  menyatakan  “truancy  is  disobedience”  iaitu  pelajar  sekolah  adalah  satu  kewajipan

               undang-undang  yang  ditetapkan  oleh  pihak  sekolah.  Bandura  (1997),  dalam  teori
               pembelajaran sosial menekankan faktor kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran
               dan interaksi kognitif mempengaruhi tingkah laku pelajar remaja.


               i)Faktor ibu bapa

               Hunt dan Hopko (2009), Henry (2007) dan Ng (2005) juga menyatakan hubungan signifikan
               antara  faktor  keluarga  dan  ponteng  sekolah.  Kajian  Malcolm,  Wilson,  Davidson  dan  Krik
               (2003) menyatakan bahawa guru memberi pandangan bahawa faktor keluarga merupakan

               punca  utama  berlakunya  ponteng  sekolah  dalam  kalangan  pelajar.  Norasiah  (2003),
               menyatakan bahawa pengaruh ibu bapa merupakan salah satu punca bagi masalah ponteng
               sekolah dalam kalangan pelajar sekolah. Diana Wulandari, Lee Jun Choi dan Sawan (2018),

               telah mengkaji pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah.

               ii)Faktor Guru

               Menurut kajian Claes, Hooghe dan Reeskens (2009) menyatakan bahawa terdapat hubungan
               antara  faktor  sekolah  dengan  ponteng  sekolah  dalam  kalangan  pelajar  yang  berumur  15

               tahun.  Begitu  juga  dengan  Lloyd  (2006)  menyatakan  terdapat  hubungan  antara  faktor


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                724
   740   741   742   743   744   745   746   747   748   749   750