Page 23 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 23
Peraturan-peraturan Am guru.
21 Pelawat / Orang Luar
a.Pelawat/orang luar termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN
berjumpa dengan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana tanpa
mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu. Oleh itu, guru-guru/
Anggota Kumpulan Pelaksana diingatkan supaya bertanya kepada
pihak tersebut sama ada telah mendapat kebenaran Pengetua
atau tidak. Setiap pelawat yang datang ke sekolah ini dikehendaki
mendaftarkan namanya di Buku Rekod Pelawat.
b.Pelawat yang mendapat kebenaran untuk berjumpa dengan guru
atau pelajar diberikan satu surat kebenaran daripada pengetua
untuk hari yang berkenaan sahaja. Guru bertanggungjawab untuk
mengarahkan pihak yang berkenaan agar mendapatkan surat
kebenaran daripada Pengetua sekiranya surat kebenaran gagal
ditunjukkan.
c.Pelawat/orang luar dilarang berjumpa dengan guru atau pelajar
di bilik kelas atau semasa guru sedang mengajar.
22 Urusan Kerja Luar ( Rasmi )
a.Guru-guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Johor atau Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)
untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan / perjawatan tanpa
kebenaran Pengetua.
b.Guru yang dibenarkan pergi berjumpa dengan pegawai-pegawai SM
di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Johor atau
BPSBPSK dikehendaki membawa bersama surat pengenalan diri buku pengurusan
yang ditandatangani oleh Pengetua.
c.Guru yang berurusan dengan pihak-pihak rasmi di atas mestilah SJ
0
2
2
2
berpakaian kemas.
jee2043/www.sainsjohor.com

