Page 24 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 24
Peraturan-peraturan Am guru.
23 Surat Rasmi Menulis
Semua surat yang berkaitan dengan hal sekolah atau
perjawatan hendaklah ditulis melalui Pengetua supaya surat ini
dapat disalurkan kepada pihak-pihak tertentu. Misalnya, menulis
surat kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Johor
atau BPSBPSK, Kementerian Pendidikan mengenai masalah
perkhidmatan dan sebagainya.
24 Cuti Sakit
Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang tidak hadir
bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkannya kepada
Pengetua mengikut tatacara yang berikut:
a.Menelefon Pengetua pada sebelah pagi.
b.Menyampaikan pesanan kepada Pengetua melalui guru atau
Anggota Kumpulan Pelaksana.
c.Melaporkan diri kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas.
d.Menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua.
25 Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas (CRK)
Dalam keadaan kecemasan, seseorang guru, atas pertimbangan
Pengetua boleh dibenarkan mengambil cuti tersebut. Cuti untuk
tujuan ini hanya dibenarkan 10 hari dalam setahun dengan syarat
untuk:
a.menziarahi ahli keluarga rapat yang sakit tenat / meninggal
dunia
b.menyertai upacara perayaan agama
c.keadaan kecemasan / kemalangan seperti banjir / kebakaran SM
d.apabila tempoh cuti haji 40 hari tidak mencukupi
e.kursus suai kenal (luar kampus)
f.majlis konvokesyen guru / anak-anak buku pengurusan
g.perkahwinan pegawai berkenaan atau anak-anak mereka
h.menghantar ahli keluarga atau ahli keluarga rapat menunaikan SJ
2
2
0
2
haji
i.mendaftarkan anak ke institusi pendidikan tinggi / Sekolah
Berasrama . jee2043/www.sainsjohor.com

