Page 25 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 25

Peraturan-peraturan Am guru.



       26  Kebersihan Sekolah
       a.Kebersihan kelas, sekolah, dan kawasannya merupakan
       tanggungjawab bersama.
       b.Sebelum memulakan pengajaran dan di akhir setiap pengajaran,
       pastikan kelas bersih dan teratur.
       c.Pelajar-pelajar hendaklah diingatkan supaya tidak membuang sampah
       merata-rata dan hendaklah sentiasa menggunakan tong sampah.
       d.Pastikan Program Keceriaan Kawasan Kelas dan ”SM Sains Johor
       Dalam Taman” dilaksanakan sepenuhnya.
       e.Pelajar-pelajar yang membuang sampah di merata-rata tempat
       hendaklah ditegur serta-merta dan dinasihati supaya tidak
       melakukannya lagi.

       27  Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Akuan Sekolah dan Sijil Penghargaan
       a.Guru-guru Tingkatan 5 hendaklah menyediakan borang-borang Sijil
       Berhenti dan Sijil Akuan Sekolah sebulan sebelum sekolah ditutup pada
       akhir tahun. Borang-borang yang telah diisi lengkap dan disemak dengan
       teliti hendaklah diserahkan kepada  pejabat sekolah pada tarikh yang
       ditetapkan.
       b.Pastikan semua keterangan adalah benar dan tepat.
       c.Pelajar yang gagal membayar yuran atau berhutang kepada sekolah
       atau belum menyerahkan buku pinjaman SPBT hendaklah dimaklumkan
       kepada pejabat sekolah untuk tindakan selanjutnya.
       d.Sijil-sijil Penghargaan, Kecemerlangan, Turut Serta dan sebagainya
       dianugerahkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 atau mana-mana
       pelajar yang berhenti atau bertukar sekolah sahaja.

       28  Disiplin Pelajar
       a.Setiap guru ialah guru displin. Oleh itu, menjadi kewajipan semua guru,
       memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar-pelajar.
       Pelajar yang melanggar peraturan sekolah HENDAKLAH DIAMBIL
       TINDAKAN SERTA-MERTA melalui nasihat, amaran, ataupun hukuman
       yang bersesuaian                                                                                         SM
       b.Jika berlaku pelanggaran disiplin sekolah, guru hendaklah
       menyelesaikannya seberapa segera yang boleh. Seterusnya masalah
       dilaporkan kepada Guru Displin / Kaunselor Pelajar / Penolong Kanan                                     buku pengurusan
       (HEM) / Pengetua.
       c.Pengetua akan menjalankan hukuman yang setimpal dengan                                                     SJ
                                                                                                                         2
                                                                                                                           0
                                                                                                                                2
                                                                                                                              2
       kesalahan pelajar berpandukan peraturan yang sedia ada.
                                                    jee2043/www.sainsjohor.com
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30