Page 10 - ASAS OLAHRAGA TAHUN 6
P. 10
TEKNIK DAN GAYA
a) Fasa permulaan
Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut.
Gunakan gaya dekam di blok permulaan.
Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan
langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok
permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.
Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.
Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan daripada kaki
yang melangkah pagar.

