Page 132 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 132

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2


                 Tugasan: Menjelaskan jenis-jenis perundangan dan peraturan perniagaan yang terdapat di Malaysia
                 Kaedah dicadangkan: Pembelajaran berasaskan inkuiri

                 Langkah-langkah:
                 1  Bahagikan kelas kepada kumpulan kecil.

                 2  Setiap kumpulan diberikan tugasan mengikut jenis perundangan oleh guru. Contohnya,
                   undang-undang yang melindungi pengguna dan undang-undang yang melindungi peniaga.

                 3  Murid melayari Internet untuk mendapatkan maklumat.
                 4  Bincangkan maklumat dalam kumpulan dan buat pembentangan dalam kelas.












                 Refleksi


                  1  Terangkan peranan kerajaan dalam menangani isu tempatan, negara dan serantau.
                  2  Jelaskan perbezaan peranan yang wujud antara kerajaan pusat, negeri dan tempatan.
                  3  Terangkan undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan.

                  4  Jelaskan peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi, guna tenaga dan masalah
                    kemelesetan ekonomi.

                  5  Jelaskan persekitaran perniagaan yang wujud di Malaysia.











                 Rumusan

                 Bab ini mengulas isu berkenaan dengan persekitaran perniagaan yang sangat kompleks. Persekitaran
                 perniagaan terdiri daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Elemen dalam kedua-dua faktor
                 ini perlu diberi perhatian dalam membentuk satu sistem pengurusan dan operasi yang mantap
                 dalam sesebuah perniagaan. Faktor dalaman merupakan kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah
                 organisasi. Faktor luaran pula ialah sesuatu yang di luar kawalan perniagaan. Hala tuju perniagaan
                 boleh ditentukan dengan membuat analisis dalaman dan luaran untuk menentukan tindakan yang
                 perlu diambil untuk menangani perubahan-perubahan dalam persekitaran perniagaan.


                                                                       Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2  115






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   115                                                      11/7/16   1:43 PM
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137