Page 42 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 42

(vi) Tanggungjawab rakan kongsi
                 Setiap rakan kongsi dalam perniagaan bertanggungjawab untuk                                   Bab 1
                 menjalankan peranan masing-masing seperti berikut:                Cintai Negara
                 •  menjaga kepentingan rakan kongsi lain                     Tindakan mengelakkan unsur
                 •  melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan,    negatif dalam menjalankan
                    maklumat perniagaan dan akaun perniagaan                  perniagaan termasuk
                                                                              penipuan dan rasuah akan
                 •  mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan        menjadikan sesebuah
                    perniagaan yang dijalankan                                perniagaan lebih berjaya.
                 •  memberikan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap
                    masalah yang timbul

                 (c) Syarikat Berhad

                                                                                   Istilah Perniagaan
                 Syarikat Berhad merupakan entiti yang didaftarkan secara sah
                 dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat   Entiti (entity):
                 Berhad  di tubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan     Sesuatu yang diwujudkan atas
                 menjalankan aktiviti perniagaan.                             tujuan tertentu.

                 Keanggotaan Syarikat Berhad terdiri daripada ahli lembaga
                 pengarah dan pemegang saham.


                  Ahli Lembaga Pengarah                                            Buletin Keusahawanan
                  1  Ahli lembaga pengarah yang paling kanan akan dilantik sebagai
                    pengarah urusan syarikat.
                  2  Ahli lembaga yang lain terdiri daripada pengarah eksekutif yang
                    menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan-keputusan
                    berkaitan dengan perniagaan.

                  Pemegang saham
                  1  Pemegang saham merupakan pihak yang memegang
                    kepentingan dalam bentuk milikan saham.
                  2  Antara hak pemegang saham dalam sesebuah syarikat adalah   Sime Darby Berhad merupakan
                    seperti yang berikut:                                     contoh Syarikat Berhad yang
                    (a)  mengundi dalam mesyuarat agung tahunan               berjaya dan kukuh di Malaysia.
                                                                              Kejayaan Sime Darby Berhad telah
                    (b)   mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan   membantu negara dalam pelbagai
                        tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat        aspek termasuk mengurangkan
                    (c)  mempersoalkan polisi syarikat jika difikirkan perlu  kadar pengangguran dan
                    (d)   mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan   mengukuhkan ekonomi Malaysia
                        yang dibawa oleh ahli lembaga pengarah                ke tahap lebih baik.
                    (e)  mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah







                  Senaraikan beberapa Syarikat Berhad yang wujud di Malaysia.

                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  25






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   25                                                        11/7/16   12:14 PM
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47