Page 40 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 40
• Perkongsian Berhad
Dalam perniagaan Perkongsian Berhad, terdapat beberapa Bab 1
orang rakan kongsi yang mempunyai liabiliti yang terhad. Hal
ini disebabkan oleh liabiliti yang ditanggung terhad setakat
jumlah modal yang dilaburkan. Mereka tidak mempunyai
kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam Perkongsian
Berhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang
menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab
terhadap pengurusan perniagaan. Pekongsi dibenarkan untuk
memeriksa rekod dan akaun perniagaan.
• Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) RM Celik Kewangan
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan satu bentuk Perkongsian modal atau
perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri premis perniagaan akan
membantu mengurangkan
perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. PLT telah kos serta meningkatkan
diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada keuntungan perniagaan.
tahun 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT) adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.6 yang berikut:
Peta MINDA
Entiti
berasingan
Ciri-ciri QR Code
PLT
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
https://www.ssm.com.my
Liabiliti Hayat
terhad berterusan
Rajah 1.6 Ciri-ciri PLT
Senaraikan perniagaan Perkongsian Liabiliti Terhad yang wujud di kawasan anda.
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 23
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 23 11/7/16 12:14 PM

