Page 57 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 57
Bab 1 RM Celik Kewangan • Fleksibel
Perniagaan kecil lebih mudah untuk mengubah strategi
Produk yang baik tidak apabila diperlukan. Hal ini disebabkan oleh pemilik boleh
bergantung pada harga yang membuat keputusan dengan mudah. Selain itu, pemilik juga
ditawarkan tetapi bergantung terlibat secara langsung dalam pengurusan perniagaannya.
pada kualiti sumber dan
teknik pembuatannya. • Kos upah yang lebih rendah
Pekerja dalam perniagaan bersaiz kecil tidak berdaftar dengan
kesatuan sekerja, atau merupakan pekerja sambilan. Hal ini
membolehkan mereka hanya dibayar gaji minimum.
EMK (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Kecil
• Kos pengeluaran tinggi
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan. Perniagaan bersaiz kecil menanggung kos pengeluaran yang
Soalan: tinggi kerana tidak dapat menikmati ekonomi bidangan.
Jelaskan cara mengatasi masalah
kekurangan yang wujud dalam • Kurang berdaya saing
perniagaan bersaiz kecil.
Perniagaan bersaiz kecil sukar untuk mengekalkan perniagaan
dalam keadaan mencabar berbanding dengan pesaing yang
bersaiz besar seperti ketika keadaan ekonomi kurang menentu.
• Sukar mendapat pekerja mahir dan berpengalaman
Buletin Keusahawanan Pemilik tidak mampu membayar upah pekerja mahir yang
lebih tinggi. Mereka juga tidak mampu untuk menampung
Showcase Produk kos latihan untuk pekerja sedia ada.
Usahawan Serumpun
Showcase ini merupakan • Kekurangan sumber kewangan
platform yang disediakan kepada
usahawan untuk mengembangkan Perniagaan bersaiz kecil sukar mendapatkan modal tambahan.
perniagaan dan menyatukan Bank dan institusi kewangan kerap kali enggan memberikan
usahawan yang berdaya maju pinjaman kepada mereka kerana kurang keyakinan akan
dari Malaysia dan Indonesia. potensi perniagaan tersebut. Pemilik juga tidak dapat
Kerjasama erat antara usahawan menyediakan cagaran yang diminta oleh pihak bank.
Malaysia dan Indonesia dibentuk
dan dijayakan melalui Malaysia
Indonesia Corporate House (iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Kecil
(MICH). Peluang ini perlu • Masalah aliran tunai
dimanfaatkan oleh semua
usahawan untuk terus maju dan Aliran tunai yang negatif menjadi cabaran utama yang
berdaya saing. dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil. Masalah ini timbul
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang berikutan daripada pelanggan yang lambat menjelaskan
https://www.youtube.com/ hutang. Pada masa yang sama, perniagaan perlu membayar
watch?v=pm7AAkj_O0Y, capaian bil-bil dan perbelanjaan di luar jangka.
pada 5 Oktober 2016)
Pihak pengurusan digalakkan menggunakan teknologi
terkini termasuk perisian komputer untuk menjana penyata
aliran tunai dan belanjawan agar aliran tunai dapat dikawal.
Sebarang perbelanjaan luar jangka dapat dikesan lebih awal.
40 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 40 11/7/16 12:14 PM

