Page 58 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 58

•  Bebanan kerja

                    Pemilik perniagaan kecil kebiasaannya menanggung bebanan                                   Bab 1
                    kerja yang berat kerana tiada pengkhususan. Pengurusan dan
                    keputusan perniagaan perlu dilakukan sendiri oleh pemilik.

                 •  Mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan
                    pelanggan baharu                                              Cintai Negara
                    Pemilik perlu sentiasa memikirkan strategi untuk memastikan
                    pelanggan sedia ada kekal dengan memberikan perkhidmatan
                    yang unik dan istimewa. Kajian perlu dibuat untuk membentuk
                    strategi terbaik bagi mendapatkan pelanggan baharu.

                 •  Memotivasikan pekerja                                     Setiap pengguna perlu
                    Pekerja merupakan faktor penting dalam sesebuah perniagaan.   menyokong produk tempatan bagi
                    Pemilik perlu memastikan setiap pekerja gembira dengan    memastikan aliran mata wang
                                                                              terus mengalir dalam negara.
                    persekitaran kerja supaya mereka lebih produktif. Kebajikan
                    pekerja juga perlu diambil kira untuk mengurangkan kadar
                    pusing ganti pekerja.
                 •  Kos overhed yang tinggi

                    Mengawal kos overhed merupakan cabaran besar kepada
                    perniagaan kecil. Terdapat perniagaan terpaksa ditutup akibat
                    menanggung kos overhed yang berlebihan. Kajian keperluan       Minda Kreatif
                    sebenar berkaitan dengan pelanggan perlu dilaksanakan bagi
                    mengelakkan memberi perkhidmatan yang tidak diperlukan    Anda merupakan pengurus
                    oleh pelanggan.                                           dalam sebuah organisasi
                                                                              perniagaan. Nyatakan perkara
                        Perniagaan bersaiz kecil berpeluang untuk mendapatkan   yang perlu perhatian untuk
                    pelbagai jenis bantuan kewangan daripada pelbagai agensi   meningkatkan motivasi pekerja
                                                                              di syarikat anda.
                    atau institusi kewangan seperti Bank SME dan sebagainya.
















                                                                                     QR Code

                                                                                     Tekun Nasional
                                                                                  https://www.tekun.gov.my


                               Gambar foto 1.21  Perniagaan bersaiz kecil

                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  41






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   41                                                        11/7/16   12:14 PM
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63