Page 60 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 60

dengan syarikat besar. Hal ini merupakan satu kelebihan
                    perniagaan sekiranya pihak pengurusan sesebuah perniagaan                                  Bab 1
                    berhasrat untuk menerokai pasaran baharu tanpa pengetahuan
                    pesaing-pesaing dalam industri.

                 (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Sederhana                     EMK

                 •  Sukar menyediakan latihan                                 Arahan:
                    Perniagaan bersaiz sederhana memerlukan pekerja yang      Bincangkan dalam kumpulan.
                    berkemampuan untuk mengendalikan projek yang kompleks.    Soalan:
                    Namun mereka tiada sumber untuk melatih pekerja untuk     1  Cadangkan cara perniagaan
                    menghadapi cabaran ini berbanding perniagaan bersaiz besar.   bersaiz sederhana boleh
                                                                                 memberikan latihan kepada
                 •  Sukar untuk memajukan kerjaya                                pekerja tanpa kos yang besar.
                    Perniagaan bersaiz sederhana tidak menawarkan peluang     2  Nyatakan dua agensi kerajaan
                    kerjaya yang menarik kepada pekerjanya. Bilangan pekerja     yang menyediakan latihan
                                                                                 untuk pekerja.
                    yang  kurang  menyebabkan  seseorang  pekerja  tiada  peluang
                    menikmati kenaikan pangkat dalam organisasi perniagaan.

                 •  Wujud jurang hubungan
                    Jurang hubungan wujud kerana bilangan pekerja yang lebih
                    ramai menyukarkan hubungan rapat antara majikan dengan
                    para pekerja.


                 (iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Sederhana

                 •  Meningkatkan hasil
                    Perniagaan bersaiz sederhana menghadapi cabaran yang besar
                    untuk meningkatkan hasil berbanding dengan perniagaan            QR Code
                    bersaiz kecil dan besar. Pada peringkat ini, perbelanjaan   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
                    perniagaan cenderung untuk naik secara mendadak.
                                                                                  http://www.mara.gov.my
                 •  Pengambilan pekerja
                    Pada tahap ini, pengambilan pekerja perlu diberikan perhatian
                    yang serius oleh pihak pengurusan. Perniagaan memerlukan
                    tenaga kerja yang lebih ramai mahir dan berpengalaman untuk
                    terus berkembang. Terdapat persaingan dengan perniagaan
                    besar untuk mendapatkan pekerja pakar yang berpengalaman.
                 •  Undang-undang dan peraturan kerajaan                           Cintai Negara
                    Semakin besar sesebuah perniagaan, semakin banyak
                    peraturan yang perlu dipatuhi. Selain pendaftaran perniagaan,   Setiap perniagaan perlu
                    peniaga perlu  mendapatkan  pelbagai lesen,  permit  atau     mengutamakan pengambilan
                    surat-surat kuasa dari pelbagai agensi berdasarkan aktiviti yang   pekerja tempatan berbanding
                    dijalankan. Jika peniaga terlibat dalam aktiviti pengeluaran   dengan pekerja asing.
                    makanan mereka perlu memohon lesen kilang makanan
                    daripada Pegawai Kesihatan Daerah atau Majlis Perbandaran
                    bagi tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas kilang-kilang dan
                    ujian keluaran makanan tersebut.

                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  43






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   43                                                        11/7/16   12:14 PM
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65