Page 59 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 59

Bab 1      EMK                     (b) Perniagaan Bersaiz Sederhana

                                             Perniagaan dikategorikan bersaiz sederhana jika mempunyai
                 Arahan:
                 Pilih satu perniagaan bersaiz   nilai jualan tahunan sebanyak RM15 juta hingga kurang daripada
                 sederhana di kawasan anda.  RM50 juta dan bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200
                                             orang bagi syarikat pengilangan. Bagi perniagaan berasaskan
                 Soalan:                     perkhidmatan pula nilai jualan tahunan mestilah bernilai RM3
                 Jelaskan secara ringkas setiap
                 ciri yang terdapat dalam    juta hingga kurang daripada RM20 juta dengan bilangan pekerja
                 perniagaan tersebut.        tetap dari 30 hingga kurang daripada 75 orang.













                  RM  Celik Kewangan
                 Setiap kemudahan kredit yang
                 ditawarkan oleh kerajaan perlu
                 dimanfaatkan sepenuhnya
                 oleh perniagaan bagi memacu
                 pertumbuhan perniagaan ke                Gambar foto 1.22  Perniagaan bersaiz sederhana
                 tahap lebih baik.
                                             (i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Sederhana

                                             •  Mudah ditubuhkan
                                                Perniagaan bersaiz sederhana mudah ditubuhkan sekiranya
                                                perniagaan yang dijalankan adalah dalam bentuk milikan
                                                tunggal atau perkongsian, prosedur penubuhannya mudah
                                                kerana tidak banyak peraturan perlu dipatuhi.

                                             •  Fleksibel
                                                Perniagaan bersaiz sederhana juga adalah fleksibel. Perniagaan
                                                bersaiz sederhana  akan  berupaya  untuk  membuat  sesuatu
                     Istilah Perniagaan         perubahan dengan cepat dan mudah jika keadaan memerlukan
                                                perubahan dilakukan. Pembahagian kerja perniagaan bersaiz
                 Fleksibel (Flexible):
                 Boleh diubah atau disesuaikan   sederhana juga adalah  fleksibel. Hal ini membolehkan
                 dengan mudah                   pekerja melakukan lebih daripada tugasan sebenar mereka
                                                untuk menarik perhatian majikan.
                                             •  Semangat berpasukan yang tinggi
                                                Majikan dapat memupuk semangat bekerja dalam pasukan.
                                                Majikan mengetahui bahawa setiap pekerja ialah aset dalam
                                                memajukan sesebuah perniagaan.
                                             •  Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan
                                                Perniagaan bersaiz sederhana tidak perlu melaporkan aktiviti
                                                dan kedudukan kewangan mereka kepada umum berbanding
              42    BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   42                                                        11/7/16   12:14 PM
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64