Page 10 - PowerPoint Presentation
P. 10

SETITIS TINTA SECORET RASA

                                          PENOLONG KANAN KOKURIKULUM








                               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
           u   capan terima kasih tidak terhingga kepada barisan rakan pentadbir kerana tidak



          pernah jemu berkongsi idea dalam menggerakkan pelbagai agenda Unit Kokurikulum.
          Kepada guru-guru SK Seri Kota Puteri, tahniah atas pelbagai kejayaan yang dikecapi sekolah
          buat tahun 2020.
                Teruskan usaha dan semangat cikgu untuk terus meningkatkan pencapaian sekolah
          dalam pelbagai bidang bagi tahun 2021 ini. Semoga kita dapat memberi saingan kepada
          sekolah-sekolah di sekitar daerah Pasir Gudang seterusnya mengembangkan sayap ke
          peringkat negeri dan kebangsaan hendaknya.
                Saya amat berharap agar murid-murid SKSKP akan dapat menempa kejayaan dalam
          tiga elemen penting kokurikulum iaitu Unit Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab serta
          Sukan dan Permainan. Setiap susah payah cikgu-cikgu akan memberikan peluang kepada
          setiap murid kita meningkatkan pencapaian dalam PAJSK mereka. Mari kita sama-sama
          berusaha agar setiap murid dapat mengecapi pencapaian yang membanggakan dalam
          setiap program kokurikulum serta sukan di peringkat sekolah, daerah mahu pun negeri serta
          kebangsaan.
                Jutaan terima kasih saya ucapkan atas setiap kesungguhan tanpa mengenal erti lelah
          kepada Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sukan, para jurulatih dan guru-guru penasihat
          yang sentiasa memberi komitmen dalam setiap kerja mereka.
                Adalah menjadi harapan saya untuk melihat kejayaan dapat terus dibina dan
          dikekalkan. Marilah kita terus berusaha demi mengekalkan kejayaan yang cemerlang
          dengan menjulang nama sekolah tercinta ini dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
          Aturlah strategi agar segala cita, hajat dan azam kita tercapai… insyaAllah.
                                           Sepatu cantik kulit rusa,
                                        Beli sepasang untuk tetangga,
                                       Kalau berjuang jangan putus asa,
                                      Kalau jatuh bangkit sekuat tenaga.
          Sekian, terima kasih. MUAFAKAT TERAS KECEMERLANGAN!

          ROSNI BINTI BAHIKI
          Penolong Kanan Kokurikulum
          SK Seri Kota Puteri







                                                                                                          10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15