Page 9 - PowerPoint Presentation
P. 9

SETITIS TINTA SEUNGKAP KATA

                                PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID







           D    engan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke
                              Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


         atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan kaum keluarga serta para sahabat
         baginda.
                Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan serta kudrat iradatNya jua dapat saya lakarkan
         sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sesungguhnya seantero dunia telah mengiktiraf
         institusi pendidikan adalah platfom yang amat besar pengaruhnya dalam membina Negara
         bangsa yang dinamik dan kompeten bagi membentuk pelapis generasi akan datang.
                Pengurusan HEM pula seolah diakui menjadi elemen yang sangat penting kerana di
         dalamnya terdapat aset negara yang merupakan nilai modal insan yang paling berharga
         untuk mencorakkan lanskap pentadbiran negara pada hari muka. Pelan Tranformasi
         Pendidikan yang diperkenalkan dengan memberi fokus kepada NKRA, diharapkan dapat
         memantapkan lagi kemenjadian murid seterusnya membawa impak positif dalam dunia
         pendidikan seluruhnya.
                Dengan kapasiti yang ada di bawah kepimpinan Tuan Guru Besar dan dibantu oleh
         rakan-rakan Penolong Kanan dan guru-guru serta sokongan PIBG diharapkan pengurusan
         HEM dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi memenuhi ‘stake holder’ dan aspirasi negara
         selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
                                        Raut wajah damai dan tenang,
                                        Tiada terkalam kasih dijunjung,
                                         Jasa baktimu tetap dikenang,
                                         Budi baikmu tetap disanjung.
          Semoga segala usaha dan kerja berat kita mendapat keberkatan dan dihitung sebagai satu
         ibadah di sisi Allah S.W.T.


          Sekian, terima kasih.



          ABDUL AZIZ BIN JANTAN
          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
          SK Seri Kota Puteri








                                                                                                           9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14