Page 41 - PowerPoint Presentation
P. 41
PERINCIAN TUGASAN GURU-GURU BERTUGAS
1. Menjadi Ketua Guru bertugas mingguan / harian.
2. Menyediakan persiapan teknikal untuk perhimpunan Isnin seperti mikrofon,
pembesar suara dan mimbar (rostrum).
3. Mengurus aturcara dan menjalankan perhimpunan mingguan.
4. Menulis laporan perhimpunan mingguan dan laporan harian.
5. Membentangkan laporan mingguan di perhimpunan.
6. Mengawasi disiplin pelajar sewaktu perhimpunan.
7. Memastikan semua pelajar berada di dataran perhimpunan.
8. Memastikan tiada pelajar berada di kelas pada waktu rehat.
9. Membuat pengumuman semasa rehat ( jika ada )
10. Mengurus serta mengambil tindakan sewajarnya bagi pelajar cedera atau sakit
pada sepanjang minggu.
11. Mengurus kes-kes kehilangan barang pelajar.
12. Mengawasi keadaan pelajar di kantin sewaktu rehat.
13. Melaksanakan pencerapan bilik darjah bagi Anugerah Mingguan Bilik Darjah Paling
Bersih, Kemas danCeria.
14. Menyediakan sijil, hadiah dan seumpamanya bagi anugerah berkaitan.
15. Membuat rondaan kebersihan bagi setiap blok bangunan termasuklah bilik-bilik air
murid dan guru, bilik-bilik darjah dan bilik-bilikkhas.
16. Memastikan pengawas bertugas menaik dan menurunkan bendera pada waktu-
waktu yang telah ditetapkan.
17. Mengurus perhimpunan pagi dan perhimpunan selepas rehat serta pelaksanaan
program ilmiah seperti Bijak Sifir dan sebagainya.
18. Mengawasi perjalanan murid tiba di PINTU MASUK UTAMA pada waktu pagi.
19. Memantau pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah khususnya para
pelajar yang lewat dan tidak memakai uniform sekolah yanglengkap.
20. Mengawasi perjalanan murid pulang di PINTU MASUK UTAMA pada waktu tengah
hari.
NOTA:
Bagi hari-hari di mana dijalankan aktiviti-aktiviti seperti Ops Disiplin,
Latihan Kebakaran dan sebagainya, semua guru bertugas pada minggu
berkenaan hendaklah memberi kerjasama melaksanakan program
berkenaan.
41

