Page 43 - PowerPoint Presentation
P. 43
PANDUAN AM / PERATURAN TETAP STAF
viii. Mana-mana guru sesi pagi yang perlu pulang sebelum pukul 1.45 tengah hari
atas urusan rasmi atau urusan-urusan lain yang dibenarkan perlu
melengkapkan Slip Pulang Awal dan menyerahkannya kepada Pengawal di
pintu pagar.
3. Keluar Waktu Mengajar
i. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan Pelajaran/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat
mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan.
ii. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku
Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
sebelum keluar.
iii. Sebelum meninggalkan sekolah untuk apa jua urusan, sila pastikan kerja
bertulis telah pun disediakan dengan kadar mencukupi untuk pelajar melalui
Guru Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang.
4. Pakaian
i. Merujuk surat pekeliling JPA1006.PP/100-19/9/1 (12), etika pakaian guru
PPDPG;
HARI LELAKI WANITA
Lounge suit – gabungan 3 pieces atau baju
kurung atau baju kebangsaan
AHAD – M1 Lounge suit
‘pemakaian kot/blazer dengan baju kurung
adalah menyalahi kod etika pakaian’
AHAD – M2/4/5 Baju korporat KPM
AHAD – M3 Uniform lengkap Unit Beruniform
ISNIN & SELASA Rujuk Perkara 3.1 SPI Bil 6/1985
RABU Baju Unit Beruniform
KHAMIS Baju Melayu Lengkap Baju kurung atau Baju Kebangsaan
ii. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur. Bagi guru Islam lelaki, hanya songkok hitam dibenarkan.
iii. Guru lelaki tidak dibenarkan memakai beg sandang yang disilang pada badan
dan "pouch bag" yang biasanya dipakai di pinggang.
iv. Bagi guru yang memilih untuk tidak memakai tali leher hendaklah memakai
pakaian ”bush jacket”.
v. Guru-guru terutamanya guru lelaki tidak digalakkan sama sekali memakai
kemeja bercorak dan warna yang garang atau tua. Kemeja yang dipakai harus
dari jenis berkolar lipat.
43

