Page 45 - PowerPoint Presentation
P. 45
PANDUAN AM / PERATURAN TETAP STAF
8. Tugas
i. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk Kurikulum, HEM, Kokurikulum,
pentadbiran dan tugas-tugas khas. Guru mesti melaksanakan tugas-tugas
tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
ii. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan seperti
menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru
hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.
9. Jadual Waktu
i. Guru Darjah/Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu yang telah
disahkan oleh Guru Besar untuk dipamerkan dalam kelas sendiri serta ditampal
atau direkodkan dalam Folder Rekod Mengajar.
ii. Jadual waktu yang disediakan hendaklah lengkap dengan tarikh kuatkuasa,
tandatangan guru dan Guru Besar serta analisis lengkap nisbah waktu mata
pelajaran dan jumlahnya.
iii. Apabila berlaku perubahan maklumat pada jadual waktu kelas atau pun
persendirian, maka guru hendaklah segera membuat pindaan yang sepatutnya.
iv. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
10. Jadual Kehadiran Pelajar
i. Setiap guru darjah/kelas bertanggungjawab memasukkan dan mengurus data
kehadiran murid di Sistem Kehadiran Murid.
ii. Kehadiran murid hendaklah direkod pada setiap hari oleh guru darjah pada
waktu pertama. Sekiranya guru darjah tidak hadir, penyelaras aliran / kelas
bertanggungjawab menandanya.
iii. Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet, kehadiran murid perlu
dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara. Kehadiran kemudiannya
perlu dikemaskini ke dalam Sistem Kehadiran Murid setelah capaian internet
pulih seperti sedia kala.
iv. Guru kelas hendaklah mengemaskinikan kehadiran murid di dalam Sistem
Kehadiran Murid atau Jadual Kedatangan Murid (JKM) sebelum tamat sesi
persekolahan. Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak,
dicetak, disah dan difail pada hari terakhir bagi setiap bulan. Penolong Kanan
HEM pula hendaklah menyemak pelaksanaan penskoran kehadiran murid di
sekolah masing-masing.
v. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam
satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
45

