Page 44 - PowerPoint Presentation
P. 44

PANDUAN AM / PERATURAN TETAP STAF



                 vi.  Tag nama hendaklah dipakai pada setiap masa.
                 vii. Pakaian baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
                 viii. Semua guru hendaklah memakai kasut bertumit dan bertutup depan dan
                      belakang. Kasut berbentuk selipar tidak dibenarkan dipakai sama sekali.
                 ix.  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang
                      sesuai.
                 x.   Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
                      sesuai.
                 xi.  Guru perempuan : seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan,
                      baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
                 xii. Guru lelaki : seluar trek/panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju
                      trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
                 xiii. Guru yang melaksana jadual relief PJ hanya boleh mengajar PJ di padang jika
                      berpakaian PJ yang lengkap.


          5.    Bilik Guru

                 i.   Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
                      guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
                 ii.  Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
                      hendaklah dianggap sebagai ”non-teaching period” dan bukannya ”free
                      period”. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru
                      untuk perkara- perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
                 iii.  Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru tanpa urusan
                      rasmi.
                 iv.  Guru-guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
                      memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
                      mana pihak.


          6.    Perjawatan Dan Pengajaran


                 i.   Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
                      boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

                 ii.  Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran, boleh berurusan dengan
                      Ketua Panitia, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang ( bagi sesi petang ) atau
                      Guru Besar.


          7.    Pengurusan e-RPH menggantikan Rekod Persediaan Mengajar


                 i.   Rujuk http://www.ePrema.com.my/SK







                                                                                                          44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49