Page 42 - PowerPoint Presentation
P. 42

PANDUAN AM / PERATURAN TETAP STAF




          1.  Arahan Am


                 i.  Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
                     terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki
                     membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

                 ii.  Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
                     dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
                     Arahan Perkhidmatan lain.
                 iii.  Guru  hendaklah     menghayati    tatasusila  profesion    keguruan    dan
                     menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau
                     mata pencarian semata-mata.
                 iv.  Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
                     prinsip- prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
                 v.  Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat
                     Pendidikan Kebangsaan.
                 vi.  Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
                     dalam menjalankan tugas.
                 vii. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada
                     di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
                 viii. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
                     menjalankan tugas.


          2.  Catatan Kehadiran Dan Waktu Pulang


                 i.  Jadual waktu bekerja mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
                 ii.  Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya pada jam
                     7.15 pagi dan ”menebuk” kad kehadiran di mesin ”punch card”.
                 iii.  Bagi penggunaan mesin ”punch card”, tiada kakitangan yang dibenarkan
                     melakukannya bagi pihak sesiapa jua pun.
                 iv.  Mana-mana guru yang GAGAL mengetik PUNCH CARD kehadiran dianggap
                     TIDAK HADIR dan boleh diambil tindakan berdasarkan peraturan dan
                     pekeliling sedia ada.
                 v.  Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan
                     kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memaklumkan kepada
                     pihak sekolah dengan menelefon Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan
                     Penyelaras ”Jadual Relief” secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat
                     disediakan.
                 vi.  Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
                     dalam keadaan kecemasan.
                 vii. Ketetapan waktu pulang
                     Sesi Pagi :      Ahad hingga Khamis 1.45 tengah hari

                                                                                                          42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47