Page 16 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 16
Info Ringkas
5. Nazir Sekolah hendaklah berkhidmat dalam suasana hormat-menghormati
dan bekerjasama untuk meningkatkan kualiti pemeriksaan dan penyeliaan
pendidikan negara.
6. Semasa menjalankan tugas penaziran dan pemeriksaan, Nazir Sekolah
perlu mengikut prosedur tertentu:
i. Terlebih dahulu berjumpa dengan Pengetua atau Guru Besar atau
sesiapa yang diberi tanggungjawab.
ii. Memperkenalkan diri dan menerangkan objektif penaziran ataupun
pemeriksaan.
iii. Mengambil tempat yang sesuai semasa berada di bilik darjah dan
meminimumkan gangguan.
7. Nazir Sekolah hendaklah pada setiap masa mematuhi segala arahan
berkaitan tatacara pemeriksaan dan mengamalkan perbelanjaan
berhemah.
KOD ETIKA
i. Tanggungjawab Terhadap Tugas
ii. Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri
iii. Tanggungjawab Kepada Rakan Sejawat
iv. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
v. Tanggungjawab Terhadap Profesion

