Page 15 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 15

Info Ringkas



                                           ETIKA PENAZIRAN



                 1. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan menaziri dan
                    memantau pelaksanaan dasar pendidikan negara. Setiap Nazir Sekolah

                    adalah juga seorang pegawai awam, dikehendaki melaksanakan tugas
                    penaziran dan pelaporan sekolah yang dinaziri dengan cermat dan teliti
                    serta  adil  dan  saksama  berlandaSKan  keutuhan  profesional.  Nazir

                    Sekolah tidak boleh mempertikaikan dasar kerajaan.


                 2. Pada setiap masa, Nazir Sekolah perlu secara konsisten melibatkan diri
                    dalam memantapkan sistem pendidikan negara. Sehubungan itu, tugas
                    yang dilaksanakan boleh dihubungkaitkan dengan pembentukan norma

                    yang  ada  kaitan  dengan  pemastian  standard  kualiti  pendidikan  serta
                    memperkenalkan  norma  baharu  selaras  dengan  perkembangan  sistem
                    pendidikan semasa.


                 3. Seiring dengan tugas teras dalam memastikan standard pengajaran yang
                    memuaSKan  diwujudkan  dan  dikekalkan  di  sekolah,  maka  menjadi

                    tanggungjawab Nazir Sekolah membantu dan mengupayakan guru dan
                    pengurus sekolah memperolehi pengetahuan, menguasai kemahiran dan

                    nilai   untuk   menjadikan    mereka     menyayangi,    berguna     dan
                    bertanggungjawab  terhadap  profesion  keguruan  melalui  aktiviti
                    perdampingan.


                4. Jemaah Nazir Sekolah mendapat kepercayaan masyarakat bukan sahaja

                    berdasarkan  tingkah  laku  nazir  secara  individu,  tetapi  juga  hubungan
                    organisasinya  dengan  sekolah,  pejabat  pendidikan  daerah,  jabatan
                    pendidikan  negeri  dan  masyarakat  umum.  Tugas  Nazir  Sekolah  paling

                    bermakna  apabila  wujudnya  hubungan  baik  dan  membina  demi
                    kesejahteraan organisasi dan masyarakat.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20