Page 13 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 13
Info Ringkas
Ketua Nazir boleh memberi kuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak
bagi pihaknya.
122. Ketua Nazir boleh secara bertulis memberi kuasa Pegawai Pendidikan
yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam
perjalanan kuasa-kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di
bawah Akta ini.
Kesalahan dan penalti berhubungan dengan Nazir.
134. Seseorang yang -
(a) menghalang atau menggendalakan Ketua Nazir atau Nazir
Sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan
kepadanya oleh seksyen 121;
(b) enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu,sukatan
pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau
enggan memberikan maklumat, dengan melanggar sub
perenggan 121(b)(ii); atau
(c) memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa
perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang
dia tidak percayai adalah benar,
(d) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

