Page 5 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 5
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan majalah tahunan MEHSSA Edisi
Ke-2 sesi 2022/2023 ini merupakan satu usaha
unggul yang amat dinantikan dan dapat
dijadikan sebagai landasan yang tepat bagi
para mahasiswa Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan(FPSK) dalam merancang dan
melaksanakan kepelbagaian agenda yang
dimanifestasikan sebagai dokumentasi
maklumat dan sumber rujukan semua warga
FPSK dan juga pihak lain yang berkepentingan
dalam menggerakkan suatu badan organisasi
yang dikelolakan oleh persatuan pelajar fakulti
ini sendiri. Melalui penerbitan majalah seperti
ini juga membolehkan para mahasiswa untuk
Professor Dr. Zamberi Bin Sekawi mencurahkan idea yang bernas dan kreatif
melalui kaedah penulisan mahupun lukisan.
Sebagai seorang ketua di salah satu fakulti dalam sebuah institusi pengajian
tinggi yang dikenali oleh masyarakat umum di Malaysia dan seantero dunia, saya
amat berbangga dengan prestasi dan kejayaan yang telah dicapai oleh semua
pelajar tidak kira daripada segi bidang akademik mahupun kokurikulum. Saya
berharap agar semua warga FPSK secara amnya dapat meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan dari aspek pembelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni serta
kemahiran insaniah dalam diri masing-masing supaya matlamat pendidikan
Universiti Putra Malaysia dalam melahirkan graduan bitara yang holistik, ihsan,
patriotisme dan berdaya tahan dapat dicapai sebelum mengorak langkah ke alam
pekerjaan yang lebih mencabar.
Akhirulkalam, ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian yang diberikan untuk
saya sampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah ini dan syabas kepada
barisan Medical and Health Sciences Student Association (MEHSSA) sesi 2022/2023
atas kejayaan dalam menghasilkan majalah tahunan MEHSSA 2022 yang merupakan
penerbitan kali keduanya selepas penerbitan sulung pada sesi lepas. Semoga
majalah ini dapat dijadikan sebagai lambang kebanggaan bagi semua warga
FPSK. 2
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA!

