Page 6 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 6

KATA ALU-ALUAN
             KATA ALU-ALUAN
















                                            Assalamualaikum w.b.t, Selamat Sejahtera dan

                                            Salam We Love UPM.

                                                  Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada
                                             saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah
                                             tahunan  MEHSSA  Edisi  Ke-2  sesi  2022/2023  pada  kali
                                             ini.
                                                  Penerbitan majalah seumpama ini adalah inisiatif

                                             terbaik        pihak       MEHSSA          bagi       merakamkan
                                             kepelbagaian  agenda,  aktiviti  dan  halatuju  MEHHSA
                                             sebagai sumber rujukan dalam kalangan pelajar dan

                                             kenangan  warga  FPSK.  Penglibatan  dan  kerjasama
                                             MEHHSA bersama ahli Pengurusan dan seluruh warga
                                             FPSK  adalah  signifikan  sekaligus  mendokong  legasi
                                             kecemerlangan UPM melahirkan graduan holistik dan

       Profesor Madya Dr. Barakatun Nisak    bitara, selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025.
       Binti Mohd Yusof


      Fakulti  merancang  beberapa  inisiatif  dalam  mendokong  pelan  strategik  ini.

      Antaranya adalah inisiatif PUTRA-GREAT (Graduate Resilience in Medicine and Health
      Science).  Di  bawah  inisiatif  ini,  FPSK  menggariskan  mengariskan  4  anjakan  utama
      kepada para pelajar FPSK melalui;
         1. Penerapan  tanggungjawab  sebagai  rakan  kongsi  yang  relevan  dalam

           membentuk laluan pendidikan pelajar;
        2. Pembentukan  perspektif  mendepani  global  melalui  pengalaman  mobiliti
           antarabangsa secara fizikal atau digital;
        3. Penambahan  nilai  tambah  dalam  disiplin  akademik  termasuk  mempunyai

           keistimewaan          karakter       dan      bersifat      daya       tahan       (resilient)     bagi
           mengembangkan bakat di arena domestik dan antarabangsa;
        4. Kesedian  mendepani  cabaran  dan  kerumitan  isu  kesihatan  masa  depan  dan
           berdaya tahan dalam pasaran pekerja termasuk kerjasama interprofesional.

               Transformasi akademik ini penting, terutama dalam era pos-pandemik dalam
      membentuk  pelajar  yang  berupaya  menyelesaikan  masalah  yang  kompleks,
      mempunyai  ketahanan  dan  kecerdasan  emosi,  kesukarelawan,  kepemimpinan,
      memiliki daya kreativiti, fleksibiliti dan toleransi terhadap tekanan,

                                                                                                                 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11