Page 147 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 147

A.  Adakah anda beradab di tempat awam? Tandakan (Ö) pada amalan beradab di tempat
                    awam yang anda lakukan.                                                                    PEMULIHAN

                                                                                            Skala
                  Bil.                            Perlakuan
                                                                                        1     2    3
                   1.  Mengelak daripada meludah sesuka hati di tempat awam.
                   2.  Memberikan tempat duduk kepada wanita mengandung.
                   3.  Sentiasa memberikan senyuman.
                   4.  Membuang sampah ke dalam tong sampah.
                   5.  Memakai pakaian yang sopan dan sesuai di khalayak ramai.
                   6.  Menjauhi perlakuan menconteng dinding tempat menunggu bas.
                   7.  Beratur untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan.
                   8.  Mematuhi papan tanda di tempat awam.
                   9.  Meletakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan selepas makan.
                  10.  Mengawal suara ketika berbual bersama-sama rakan.





                SKOR
                    17 hingga 30: Anda seorang yang beradab di tempat awam. Kekalkan perlakuan anda.
                    Kurang daripada 16:  Anda perlu meningkatkan amalan beradab di tempat awam. Latih diri untuk
                                       mengamalkan tingkah laku beradab di tempat awam dengan sebaiknya.



                     Bincangkan cara untuk melatih diri anda mengamalkan tingkah laku beradab
                     di tempat awam.


                 B.  Berdasarkan perkataan di bawah, hasilkan satu slogan kreatif dengan menggabungkan
                    beberapa perkataan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya tingkah laku
                    beradab di tempat awam. Pamerkan slogan tersebut di hadapan kelas.



                                                                   AKHLAK
                                                  TINGKAH LAKU
                                                                               DIHORMATI
                                 BERADAB
                                            MULIA                 SEJAHTERA
                                                    SANJUNGI


                               KHALAYAK                                               DIRI
                                                                         BERJAYA
                                            DIJAGA

                                                         CONTOH
                               MARUAH                  PERKATAAN                TERPUJI




                  4.1.2, 4.1.3, 4.1.5, 4.1.6                                                             141



       Unit 11 NC.indd   141                                                                          24/10/17   9:34 am
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152