Page 148 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 148
PENILAIAN A. Gambar di bawah menunjukkan kesan daripada tingkah laku tidak beradab yang dilakukan
di tempat awam.
1. Apakah perasaan anda apabila melihat segelintir individu yang tidak beradab di tempat
awam? Jelaskan.
2. Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda mempraktikkan tingkah laku beradab
di tempat awam?
3. Nyatakan kepentingan tingkah laku beradab di tempat awam.
4. Ramalkan perkara yang akan berlaku sekiranya masyarakat tidak beradab di tempat awam.
5. Bagaimanakah amalan nilai mampu melahirkan masyarakat yang beradab di tempat
awam?
B. Gambar di bawah merujuk kepada gejala hedonisme yang semakin meruncing dalam
kalangan masyarakat pada masa ini, khususnya di tempat awam.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak
dengan budaya negatif ini? Huraikan.
142
Unit 11 NC.indd 142 24/10/17 9:34 am

