Page 62 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 62
Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021
PANDUAN DESKRIPSI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KURIKULUM
A. Deskripsi Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran
1. Pemimpin Kurikulum
i. Membantu Pengetua.
ii. Menetapkan matlamat kurikulum.
iii. Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum.
iv. Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum.
v. Menentukan jenis- jenis mata pelajaran elektif.
vi. Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran.
vii. Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi.
viii. Sebagai pendidik contoh, meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
ix. Membudayakan ilmu.
2. Pemantau Kurikulum
i. Membantu Pengetua.
ii. Matlamat kurikulum sekolah dijayakan.
iii. Kursus pengajian dipatuhi.
iv. Amalan pengajaran dan pembelajaran dipastikan relevan.
3. Penilai Kurikulum
i. Membantu Pengetua.
ii. Mengubahsuai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai matlamat kurikulum.
iii. Menilai keberkesanan amalan PdPc.
iv. Merancang, mentadbir, dan melaksanakan ujian dan peperiksaan.
v. Menilai pencapaian murid.
B. Deskripsi Tugas JK Kurikulum
1. Menyelaras segala dasar Kurikulum Sekolah.
2. Menyediakan mesyuarat JKS.
3. Menetapkan kursus / pengajian di sekolah.
4. Menetapkan kaedah pemantauan PdPc dan pengurusan panitia dan pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan.
5. Menyediakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan susulan.
6. Menetapkan jadual waktu persekolahan.
7. Menetapkan sistem pengurusan peperiksaan dan penilaian.
8. Memastikan prestasi akademik sekolah sentiasa cemerlang.
9. Menyediakan sistem fail panitia berdasarkan ISO dan sentiasa mengemakini data.
10. Memastikan guru-guru mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran.
11. Memastikan penulisan rancangan tahunan, rancangan harian guru mengikut format ditetapkan.
12. Memastikan Sukatan Pelajaran dihabiskan seperti dijadualkan.
13. Merancang dan melaksanakan Perancangan Strategik ke arah kecemerlangan akademik.
14. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sekolah.
15. Menentukan panitia berfungsi dengan berkesan.
16. Memastikan pusat sumber diurus dengan sempurna dan dapat membantu program peningkatan akademik.
17. Berusaha memperbanyak dan mempelbagai BBM dan BBB.
18. Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan akademik.
19. Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan staf di sekolah.
31

