Page 63 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 63

Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021



                C.  Deskripsi Tugas Ketua Panitia
                    1.  Memperoleh sukatan dan HSP yang terkini.
                    2.  Menyediakan dan menyelaras rancangan pelajaran.
                    3.  Memilih dan mencadangkan buku kerja dan buku bacaan tambahan kepada JK Kurikulum.
                    4.  Mengadakan mesyuarat panitia.
                    5.  Merancang dan melaksana program peningkatan prestasi akademik.
                    6.  Menyelaras soalan ujian dan menganalisis keputusan peperiksaan serta menyusun strategi pemulihan.
                    7.  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PdPc.
                    8.  Menyedia dan memperoleh BBM dan BBB.
                    9.  Merancang program khas murid bermasalah 3M.
                    10.  Memastikan bilik khas kondusif untuk PdPc.
                    11.  Menyediakan anggaran perbelanjaan.
                    12.  Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
                    13.  Mengurus dan menyemak stok panitia.
                    14.  Memastikan fail-fail panitia diurus dengan sistematik (ISO) dan kemaskini.

                D.  Deskripsi Tugas Guru Mata Pelajaran
                    1.  Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran dan huraian
                       mata pelajaran yang berkenaan.
                    2.  Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta
                       menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran
                       yang harus dicapai di akhir setiap penggal bagi setiap tingkatan.
                    3.  Mempunyai sebuah Buku/Fail Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada pengetua pada masa yang
                       ditetapkan.
                    4.  Menyediakan  Rancangan  Pelajaran  bagi  mata  pelajaran  yang  diajar  dengan  lengkap  untuk  tempoh  setahun  /
                       sepenggal / semingggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
                    5.  Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid dan memulangkan semula
                       secepat mungkin.  Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua atau wakilnya untuk penyeliaan
                       pada masa yang dikehendaki.
                    6.  Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid.   Merekodkan soalan-soalan dan keputusan  ujian dalam
                       Buku/Fail Rekod Mengajar.
                    7.  Menjalankan  Strategi  HEADCOUNT  untuk  mengesan  kelemahan  murid  dan  menjalankan  kelas  pemulihan  /
                       bimbingan.
                    8.  Menjadi  ahli  dalam  Panitia  Mata  Pelajaran,  menghadiri  serta  mematuhi  dan  melaksanakan  keputusan  mesyuarat
                       panitia.
                    9.  Guru  mata  pelajaran  harus  menyedari  dan  menggunakan  buku  panduan  yang  dikeluarkan  oleh  Kementerian
                       Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan dan PPD.
                    10.  Memastikan  keselamatan  murid  di  makmal  sains  /  bengkel  RBT  /  SRT  /  padang  serta  mengatasi  penggunaan
                       peralatan.
                    11.  Menghadiri  mensyuarat  /  taklimat  mengenai  mata  pelajaran  yang  berkenaan  sama  ada  yang  dikelolakan  oleh
                       Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru
                       lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
                    12.  Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi
                       meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
                    13.  Melaporkan  kepada  Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  tentang  masalah  pengajaran  dan  pembelajaran  untuk  tindakan
                       selanjutnya.
                    14.  Menjaga  keselamatan  dan  kebersihan  alat-alat  bantuan  mengajar  yang  digunakan,  memastikan  bahawa  alat-alat
                       bantuan mengajar digunakan secara meluas.
                    15.  Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkaya Pusat Sumber Sekolah.
                    16.  Menggunakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
                    17.  Membantu menguruskan bank soalan.
                    18.  Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
                    19.  Bekerja sebagai Team Player.











                                                             32
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68