Page 65 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 65
Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021
H. Deskripsi Tugas Jawatankuasa Perpustakaan
1. Mengadakan mesyuarat dengan guru penasihat perpustakaan.
2. Memilih dan melantik pengawas perpustakaan.
3. Membentuk JK Perpustakaan Sekolah.
4. Memilih, memesan serta membeli buku dan bahan bacaan yang sesuai.
5. Merekod buku atau bahan yang diterima ke dalam buku stok.
6. Merekod buku yang telah dibeli dalam buku perolehan.
7. Mengemaskini data dalam sistem Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah.
8. Memproses buku (Merekod dalam slip kerja, menampal kad tarikh dan kad pinjam serta menyampul buku)
9. Menggred buku.
10. Mengagih buku secara pinjaman berkelompok.
11. Melaksana program NILAM.
12. Memastikan peraturan perpustakaan sentiasa dipatuhi oleh semua.
13. Menyediakan jadual penggunaan perpustakaan mengikut tingkatan. Memastikan pustakawan menjalankan tugas
seperti yang tercatat dalam perlembagaan.
14. Meracang aktiviti tahunan dengan kerjasama pengawas perpustakaan.
15. Merancang aktiviti dan memastikan ianya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan bimbingan
penasihat yang ditentukan.
16. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan perpustakaan.
17. Memastikan minit mesyuarat disediakan dan difailkan.
18. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum dan Hari Terbuka.
19. Memastikan papan kenyataan di luar dan di dalam perpustakaan digunakan dengan sepenuhnya dan sentiasa
dikemaskini.
20. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan daripada pihak sekolah.
21. Mengadakan pameran buku-buku baru.
22. Menganalisis data pinjaman buku-buku.
23. Mempamerkan graf-graf bilangan / jenis buku yang dipinjam oleh murid setiap bulan.
24. Mengadakan program orientasi Penggunaan Perpustakaan bagi murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1.
25. Bahan bantuan mengajar BBM / APD /K (Komputer) yang berkuasa elektrik dan bahan software / hardware sentiasa
dalam keadaan baik.
26. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
27. Memastikan alat-alat tersebut sentiasa selamat dan dijaga dengan sempurna.
28. Membantu Pengetua dalam pemilihan, sebut harga dana alat-alat BBM / APD / K.
29. Menyediakan laporan tahunan BBM / APD / K.
I. Deskripsi Tugas Jawatankuasa Orientasi Murid
1. Menyediakan program berhemah dalam masa satu minggu.
2. Menyediakan slot-slot lawatan dan ceramah untuk keperluan orientasi.
3. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk keperibadian dan perpaduan.
4. Memperkenalkan prospektif pembelajaran.
5. Pembudayaan murid.
6. Menyediakan panduan, peraturan dan larangan semasa di sekolah.
J. Deskripsi Tugas JK Penilaian dan Peperiksaan serta Headcount
1. Tugas umum:
i. Merancang dan melaksanakan penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah.
ii. Merancang jadual peperiksaan dan ujian.
iii. Menentukan kumpulan sasaran (HC)
iv. Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
v. Memastikan JSU dipatuhi.
vi. Menetapkan pengawasan.
vii. Mematuhi syarat kelulusan.
viii. Menganalisi keputusan peperiksaan.
ix. Memberi maklum balas kepada JK Kurikulum.
x. Menyediakan bank soalan di peringkat sekolah.
34

