Page 64 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 64
Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021
E. Deskripsi Tugas JK Jadual Waktu dan Guru Ganti
1. Menetukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
3. Memastikan pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai untuk semua guru.
4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran.
5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
7. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu yang ditentukan.
9. Membuat pindaan, jika perlu.
10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman umum.
11. Berusaha menggunakan komputer dalam pengurusan jadual waktu.
F. Deskripsi Tugas JK Guru Ganti
1. Mengenalpasti guru yang tidak hadir pada hari tersebut.
2. Merujuk jadual waktu induk untuk membuat jadual guru ganti.
3. Memastikan pengagihan masa untuk mengganti guru tidak hadir sesuai.
4. Mengagihkan slip guru ganti kepada guru-guru berkenaan.
5. Mengingatkan guru-guru ganti untuk mengambil bahan ”Menganggur Berdikari” yang ditinggalkan oleh guru mata
pelajaran.
6. Memastikan guru-guru ganti masuk ke kelas yang sepatutnya berdasarkan Slip Guru Ganti.
G. Deskripsi Tugas Guru Media dan perpustakaan
1. Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6-10 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua dan
kakitangan Pusat Sumber sekolah, guru dan murid sekolah.
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK kurikulum sekolah.
4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
5. Merancang dan melaksanakan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program Nilam) dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang, melaksanakan dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung
Pusat Sumber Sekolah.
8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan awam untuk
meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
12. Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah.
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
16. Mempromosi dan menjadi ahli persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
17. Menyeliakan laporan serta analisis perlaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan
Pusat Sumber Sekolah.
18. Menghantar data dan laporan perlaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya laporan Pusat Sumber
Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.
33

