Page 66 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 66
Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021
2. Tugas Setiausaha Peperiksaan
i. Menyediakan takwim ujian / peperiksaan sekolah.
ii. Menyediakan jadual penyedia soalan dan pengawasan ujian / peperiksaan.
iii. Mengadakan taklimat peperiksaan awam bersama Pengetua, GPK Pentadbiran dan guru-guru yang terlibat.
iv. Memastikan semua urusan peperiksaan berjalan dengan baik.
v. Menyediakan fail-fail peperiksaan awam berjalan dengan lancar sebelum dan selepas peperiksaan.
vi. Memastikan perjalanan peperiksaan awam berjalan dengan lancar sebelum dan selepas peperiksaan.
vii. Memastikan kertas soalan peperiksaan siap dicetak mengikut jadual dan menyimpannya dengan baik.
viii. Menyediakan tempat / pelan bagi pusat peperiksaan awam berjalan dan peralatan-peralatan yang perlu.
ix. Menyediakan jadual guru bertugas semasa peperiksaan awam, dan menyediakan fail, buku laporan dan data yang
perlu semasa peperiksaan awam berjalan.
x. Memastikan keselamatan pusat peperiksaan awam dijamin.
xi. Membantu penyelaras tingkatan dalam urusan menyusun murid naik tingkatan / urusan mencari murid yang
menerima anugerah cemerlang.
xii. Mengurus proses pemberian slip peperiksaan awam apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan.
xiii. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.
3. Tugas Penyelaras Peperiksaan Dalaman
i. Membantu setiausaha peperiksaan dalam penyediaan takwim peperiksaan dalaman.
ii. Memastikan soalan peperiksaan cukup dan disimpan dengan selamat sebelum peperiksaan berjalan.
iii. Menguruskan fail-fail berkaitan dengan peperiksaan dalaman.
iv. Membantu setiausaha peperiksaan dalam memastikan ujian / peperiksaan berjalan dengan lancar.
v. Membantu setiausaha peperiksaan dalam penyediaan analisa ujian / peperiksaan dalaman dan menyimpannya di
dalam fail.
vi. Menyediakan senarai dan tugas AJK ’Gerakan Payung’
vii. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.
4. Tugas Penyelaras Peperiksaan Awam ( PT3, SPM )
i. Membantu setiausaha peperiksaan dalam penyelarasan takwim peperiksaan awam.
ii. Menguruskan pendaftaran calon peperiksaan dan bertanggungjawab menguruskan sebarang kemusykilan
berkaitan pendaftaran calon peperiksaan.
iii. Menguruskan fail-fail berkaitan dengan peperiksaan awam.
iv. Membantu setiausaha peperiksaan dalam menyediakan tempat / pelan bagi pusat peperiksaan awam dan
peralatan yang perlu.
v. Membantu setiausaha peperiksaan dalam memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.
vi. Membantu setiausaha peperiksaan dalam penyediaan analisis peperiksaan awam.
vii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.
35

