Page 67 - EXEMPLAR BI TAHAP 2
P. 67

UNIT 3     PANDUAN PELAKSANAAN

                                   Pendidikan sivik pada peringkat sekolah rendah Tahap II dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan
                                   Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah dengan berdasarkan empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan
                                   kegembiraan. Masa yang diperuntukkan untuk setiap mata pelajaran ialah satu jam pada minggu keempat setiap bulan. Guru boleh
                                   merancang dan membuat pengubahsuaian berdasarkan tajuk mengikut nilai teras yang selari dengan perhimpunan sekolah dan aktiviti
                                   kokurikulum. Guru hendaklah merancang dan menentukan hari serta masa untuk melaksanakan PdP mengikut kesesuaian mata pelajaran.


                                   Beberapa modul exemplar pendidikan sivik disediakan mengikut mata pelajaran sebagai panduan untuk membantu guru melaksanakan PdP
                                   secara bersepadu. Modul exemplar ini disediakan berdasarkan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah Tahap I dan II yang

                                   boleh dijadikan rujukan untuk merancang PdP. Modul exemplar bagi setiap mata pelajaran mengandungi tajuk, pengenalan, literasi sivik,
                                   aktiviti, penilaian, rumusan, info sivik dan nota guru yang berfokuskan kepada satu nilai teras. Modul exemplar yang disediakan mengandungi
                                   pelbagai kaedah PdP yang memberikan tumpuan kepada pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran penyelesaian
                                   masalah dan pembelajaran khidmat masyarakat yang melibatkan hands-on, minds-on dan hearts-on bagi menggalakkan pelibatan murid
                                   secara aktif dalam PdP. Berpandukan modul exemplar ini, guru digalakkan mempelbagaikan strategi dan pendekatan PdP mengikut
                                   kesesuaian, kreativiti dan mengikut konteks setempat. Guru disaran menghasilkan PdP bagi mana-mana tajuk yang tiada dalam modul
                                   dengan berpandukan kepada perincian pemetaan dan modul exemplar.
























                                                                                                   55
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72