Page 317 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 317
Kaedah Pembungkusan
Kaedah pembungkusan merujuk kepada teknik dan cara sesuatu produk
makanan dibungkus sebelum melalui proses pengeluaran. Terdapat 6.1.5 Mengenal pasti kaedah
beberapa kaedah pembungkusan produk makanan yang digunakan pembungkusan produk.
dalam industri pemprosesan makanan. Berikut merupakan kaedah
pembungkusan dalam industri pembungkusan produk makanan:
Pembungkusan
Pembotolan 1 2 Vakum
Kaedah
Pembungkusan
Pengetinan 3 4 Pematerian plastik
Pembungkusan
Rajah 6.10 Kaedah pembungkusan Bergas
Pembotolan
Kaedah pembotolan digunakan dalam
membungkus makanan berasid tinggi dan
makanan berasid rendah. Makanan dimasak
pada suhu yang tinggi untuk membunuh
mikroorgnisma. Makanan yang telah dimasak
serta-merta disimpan dalam botol kedap
udara. Jenis botol yang digunakan ialah
botol kaca atau plastik.
Foto 6.5 Pembotolan
Pembungkusan Vakum
Kaedah pembungkusan vakum melibatkan plastik dan pemateri
vakum. Udara daripada plastik dikeluarkan menggunakan
pemateri vakum. Kaedah ini dapat mengelakkan proses
pengoksidaan makanan terutamanya makanan berlemak
atau berminyak. Keadaan ini dapat mengawal aktiviti
mikroorganisma dan memanjangkan jangka hayat
makanan. Contoh produk makanan yang
menggunakan kaedah pembungkusan ini
ialah daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan
makanan yang telah dimasak seperti sosej,
jagung dan sebagainya.
Foto 6.6 Pembungkusan vakum
311

