Page 321 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 321

6.2 MENYIMPAN PRODUK

             Produk makanan yang berpotensi untuk mendatangkan bahaya seperti   6.2.1  Menyatakan tujuan
             ikan, ayam, daging dan makanan yang berasid rendah perlu disimpan        penyimpanan.
             pada suhu yang betul iaitu 4°C ke bawah. Masa maksimum pendedahan   6.2.2  Menerangkan
             pada suhu bahaya ialah empat (4) jam bermula daripada pemprosesan        kaedah penyimpanan
             sehingga siap. Pada suhu 21°C  hingga 48.9°C kerosakan pada produk       mengikut jenis produk.
             makanan amat pantas. Jadi, produk makanan perlu disimpan dengan    6.2.3  Memilih kaedah
             betul supaya selamat digunakan atau dimakan. Berikut merupakan           penyimpanan produk
             tujuan penyimpanan produk makanan dengan betul:                          yang betul.
                Tujuan Penyimpanan Produk Makanan

               •  Untuk memastikan produk makanan berada dalam keadaan yang
                selamat sehingga dimakan.
               •  Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut.
               •  Untuk memastikan kesedapan makanan tersebut.
               •  Untuk mengekalkan rupa dan rasa produk makanan tersebut.


             Kaedah Penyimpanan Produk

            1   Penyimpanan Sejuk dan Sejuk Beku
                Kaedah penyimpanan sejuk digunakan pada bahan makanan yang mudah rosak dan produk tenusu.
                Suhu yang digunakan adalah di bawah 0°C untuk penyimpanan sejuk dan -18°C hingga 0°C untuk
                penyimpanan sejuk beku. Pastikan makanan yang diletakkan di atas rak dibungkus dan diasingkan
                mengikut  jenis  produk.  Produk makanan perlu disimpan pada suhu dan tempat yang betul bagi
                menggelakkan berlakunya kerosakan atau pencemaran silang.
                Berikut merupakan cara mengendalikan kaedah penyimpanan sejuk dan sejuk beku:

            (a)  Makanan dalam tin boleh disimpan pada suhu bilik. Tetapi jika tin
                telah dibuka, produk makanan tersebut perlu dialihkan ke dalam
                bekas plastik atau kaca sebelum disimpan dalam peti sejuk.          Kod QR

            (b)  Jangan padatkan rak-rak di dalam peti sejuk. Kepadatan rak-rak
                akan menyebabkan udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik
                di dalam peti sejuk.
            (c)  Jangan simpan daging, ikan dan ayam atau itik di dalam peti sejuk   Sila layari http://arasmega.com/
                lebih daripada tiga hari kerana kandungan protein dan kelembapan   qr-link/cara-pengendalian-
                yang tinggi di dalam makanan tersebut  akan menggalakkan        penyimpanan-produk-makanan/
                pembiakan bakteria dan menjadi busuk.                           untuk mendapatkan maklumat
                                                                                cara pengedalian penyimpanan
            (d)  Elakkan menyimpan makanan atau lebihan makanan di dalam peti   produk makanan.
                sejuk (chiller) lebih dari tiga hari.                           (Dicapai pada 31 Januari 2020)
            (e)  Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil.
                Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam
                masa yang singkat.

            (f)  Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum         Info
                disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk.                      Jika produk makanan

            (g)  Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan    dalam tin yang telah dibuka
                                                                                 disimpan dalam tin yang asal,
                di dalam peti beku.                                              kandungannya akan bertindak

            (h)  Produk sejuk beku dan produk berdaging seperti  burger  dan     balas dengan logam tin dan
                bebola daging lembu perlu disimpan dalam peti sejuk beku untuk   menyebabkan perubahan bau
                                                                                 dan rasa makanan tersebut.
                mengekalkan kesegarannya.

                                                                                                         315
   316   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326