Page 352 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 352

7.1 MENGENAL CIRI-CIRI USAHAWAN


           Definisi Usahawan
                                                                              7.1.1  Mengenal pasti ciri-ciri
           Usahawan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan             usahawan yang berjaya.
           atau perniagaan bermotifkan keuntungan, mengamalkan strategi       7.1.2  Menerangkan ciri-ciri
           tertentu untuk terus berjaya dan berdaya saing, berani mengambil         usahawan iaitu kemahiran
           risiko, berperanan sebagai market leader dan berupaya membina atau       berkomunikasi, membuat
           mereka cipta perniagaan atau pasaran baharu.                             keputusan dan sanggup
                                                                                    mengambil risiko.

           Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya

           Tahukah anda, menjadi seorang usahawan bukanlah sesuatu yang mustahil? Sesiapa yang mempunyai
           semangat yang tinggi dan dilatih dengan baik boleh menjadi usahawan yang berjaya.
                 Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya merupakan tingkah laku yang mendorong kepada kejayaan
           seseorang usahawan. Berikut merupakan ciri-ciri usahawan yang berjaya.




                            Berdaya Saing                                            Kreatif





                                             11                        1

                   Keupayaan
                   Memimpin                                                                  Inovatif
                                    10                                          2




                                                       Ciri-ciri
               Sanggup            9                  Usahawan                      3           Bijak Merebut
            Mengambil Risiko                                                                     Peluang
                                                    yang Berjaya


                                     8                                          4
                   Kebolehan
                   Membuat                                                                 Berwawasan
                   Keputusan
                                              7                        5
                                                          6



                            Kemahiran                                            Lokus Kawalan
                          Berkomunikasi                                            Dalaman
                                                       Tidak Mudah
                                                        Putus Asa



                                           Rajah 7.1 Ciri-ciri usahawan yang berjaya

                                      KBAT

                                       Pada pendapat anda, kenapa pentingnya usahawan
                                       mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif?


             346
   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357