Page 10 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 10
1.1 MENGAMALKAN PENJAGAAN DIRI
1.1.1 Menyatakan aspek Amalan penjagaan diri penting bagi pengendali makanan. Amalan
kebersihan diri. ini penting bagi mengelakkan pencemaran makanan yang boleh
berpunca daripada pencemaran fizikal, kimia dan biologi. Makanan
yang tercemar boleh menyebabkan penyakit seperti taun, tifoid,
keracunan makanan dan penyakit kuning (Hepatitis A). Oleh yang
demikian, pengendali makanan harus berwaspada akan risiko ini
dan mengambil langkah yang proaktif untuk menjaga kebersihan diri.
Kebersihan Diri Pengendali Makanan
Pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan diri:
(✔) Memakai penutup kepala.
(✔) Memakai pakaian yang bersih dan memakai apron.
(✔) Menanggalkan aksesori dan jam tangan semasa
mengendalikan makanan.
(✔) Memakai kasut bertutup.
(✔) Kuku jari sentiasa pendek dan bersih.
(✔) Tidak merokok semasa menyediakan makanan.
Info
Berdasarkan kepada Peraturan 33,
Peraturan-peraturan Kebersihan
Makanan 2009, mana-mana pengendali
makanan yang gagal mematuhi
peraturan ini boleh didenda tidak
melebihi SEPULUH RIBU RINGGIT
MALAYSIA (RM10,000.00) atau penjara
tidak melebihi DUA (2) Tahun.
4

