Page 11 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 11

Aspek Kebersihan Diri

            Kebersihan diri amat penting semasa mengendalikan makanan supaya tidak tercemar. Aspek kebersihan
            diri terbahagi kepada tiga iaitu kesihatan diri, kebersihan diri (tangan, kuku dan rambut) dan
            kebersihan pakaian.

            1.    Kesihatan Diri
                  Pengendali makanan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksin
                  daripada pengamal perubatan berdaftar sebelum dibenarkan mengendali makanan. Berikut
                  merupakan empat aspek kesihatan diri yang perlu diamalkan oleh pengendali makanan:

             Pengendali makanan           a                                         b    Pengendali makanan
             hendaklah sentiasa sihat.                                                   wajib mengambil
                                                                                         suntikan tifoid.
                                                           Kesihatan
             Pengendali makanan
             hendaklah menjalani latihan                      diri                       Pengendali makanan
             dan mendapat Sijil Latihan                                                  yang menghidap
             Pengendali Makanan            c                                        d    selesema, kudis
             daripada institusi yang                                                     bernanah dan penyakit
             diiktiraf oleh Kementerian                                                  berjangkit adalah
             Kesihatan Malaysia (KKM).                                                   dilarang berada dalam
                                                                                         premis makanan.

                                                Rajah 1.1  Aspek kesihatan diri



















                                                                                     Kod QR








                                                                                  Sila layari laman sesawang
                                                                                  http://arasmega.com/qr-
                                                                                  link/suntikan-tifoid/ untuk
                                                                                  mengetahui dengan lebih
                                                                                  lanjut mengenai suntikan tifoid.
                                                                                  (Dicapai pada 19 Ogos 2019)















                                                                                                          5
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16