Page 13 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 13
3. Kebersihan Pakaian
Pengendali makanan perlu memakai pakaian yang bersih dan mengikut spesifikasi yang
ditetapkan. Pakaian yang bersih penting untuk melindungi makanan daripada pencemaran
semasa dan selepas penyediaan makanan. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu
diberi perhatian semasa mengendalikan makanan dari aspek kebersihan pakaian:
(a) Pakaian harian, pakaian uniform, apron dan lab coat perlu berkeadaan bersih.
Pakaian-pakaian ini perlu kerap dibersihkan dan tidak boleh dipakai sebagai pakaian
harian bagi mengelakkan pencemaran.
(b) Penutup kepala tidak boleh dipakai di luar kawasan pemprosesan atau diletakkan
di merata-rata tempat.
(c) Penggunaan sarung tangan yang bersih dan betul dapat mengurangkan pencemaran.
Elakkan menyentuh muka terutamanya hidung, mulut dan telinga jika memakai
sarung tangan.
(d) Pelitup muka perlu dipakai dengan betul iaitu berwarna di luar dan putih di bahagian
dalam. Elakkan berkongsi pelitup muka untuk mengelakkan penyebaran bakteria
dan virus.
(e) Kasut bertutup dan bersih daripada sebarang kotoran seperti tanah, najis, dan habuk.
Kasut juga tidak boleh dibawa atau dipakai di luar kawasan pemprosesan makanan.
Penutup kepala
Pelitup muka
Lab coat
Sarung tangan
KBAT
Pada pendapat anda, mengapakah
pengendali makanan perlu
memakai penutup kepala dan
kasut bertutup semasa berada
di premis?
Kasut bertutup
Rajah 1.3 Contoh pemakaian di dalam kilang atau makmal
7

