Page 14 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 14

Etika dan Budaya Kerja


            1.1.2  Mengenal pasti etika dan   Etika merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi
                 budaya kerja yang baik.    tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Etika kerja yang baik
                                            ialah menepati waktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada
                                            peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa
                                            menjalankan kerja.


            Dari perspektif Islam pula, etika      Budaya kerja merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap pekerja
            berkait rapat dengan akhlak terpuji   terhadap pekerjaan. Budaya kerja menjadi amalan semua pekerja dalam
            seperti yang telah disyariatkan.   sesebuah  organisasi.  Kerja  kuat  dan  bijak,  setia  kepada  organisasi,
                                            komited dan seronok dengan tugas, bersedia untuk berubah ke arah
                                            yang  lebih positif  dan  semangat  kerja berpasukan antara amalan
                  Info                      budaya kerja yang cemerlang.


             Pengertian etika (Etimology),
             berasal daripada Bahasa Yunani
             "Ethos", yang bermaksud watak
             kesusilaan atau adat kebiasaan
             (custom). Etika biasanya berkait
             rapat dengan perkataan moral
             yang merupakan istilah daripada
             Bahasa Latin, iaitu “Mos” dan
             dalam jamaknya “Mores” yang
             juga membawa maksud adat
             kebiasaan atau cara hidup
             seseorang dengan melakukan
             perbuatan yang baik (kesusilaan)
             dan menghindari hal-hal
             tindakan yang buruk.



               Bagi menghasilkan budaya kerja yang berkualiti, sesuatu organisasi itu perlulah:




                             Bergerak dalam
                     landasan yang betul dengan penuh                     Mengutamakan kepentingan
                       komitmen, bersedia menerima                          organisasi berbanding
                          perubahan dan sanggup                              kepentingan peribadi.
                        berkorban masa serta tenaga.



                                                        Budaya Kerja
                                                       yang Berkualiti



                              Mewujudkan                                     Sentiasa mencari
                          mindset berorientasikan                         jalan untuk meningkatkan
                             kecemerlangan.                              kecemerlangan organisasi.






                                             Rajah 1.4  Budaya kerja yang berkualiti


              8
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19