Page 163 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 163

Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus

             Bahan

                       Bahan Mentah                                        Fungsi

             Tepung pau                        •  Bahan utama dalam pemprosesan pau.
                                               •  Membekalkan sumber makanan kepada yis segera.
             Gula halus
                                               •  Memberi rasa kepada pau.
                                               •  Sebagai pengawet.
             Garam                             •  Menyumbang kepada rasa pau.
                                               •  Mengawal proses fermentasi.
                                               •  Bahan penaik atau pemangkin yang menghuraikan gula kepada gas
             Yis segera                           dioksida.
                                               •  Menjadikan pau yang berongga, lembut dan gebu.

                                               •  Bahan tambahan untuk melembutkan pau.
             Pelembut roti (Bread softener)
                                               •  Mengikat air dan lemak dalam doh.
             Double action baking powder       •  Membantu mengembangkan doh sebelum dan semasa mengukus.

             Air                               •  Mencampurkan bahan untuk membentuk doh pau.

             Lemak sayuran                     •  Memberi tekstur kepada pau.


             Alatan


                         Peralatan                                         Fungsi
             Mangkuk                           Mengisi bahan mentah.

             Sudu                              Alat untuk menyukat dan mengacau.

             Pengayak                          Mengayak tepung pau.

             Dulang                            Menyusun doh pau.

             Jag penyukat                      Menyukat air mengikut sukatan yang betul.
             Kain maslin                       Menutup doh semasa merehatkannya.

             Kertas minyak                     Mengalas doh pau.

             Periuk pengukus                   Mengukus pau.

             Penimbang digital                 Menimbang bahan mentah dan doh pau.

             Mesin pengadun (Mixer)            Mengadun semua bahan kering dan basah.

             Bahan dan alatan pembersihan      Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
             Perlengkapan Perlindungan Peribadi   Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
             (Personal Protective Equipment-PPE)


             Bahan Pembungkus

                       Bahan Pembungkusan                                      Fungsi

             Bekas plastik Low-Density Polyethylene (LDPE)  Membungkus pau yang telah siap.



                                                                                                         157
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168