Page 166 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 166

Penilaian
                                             Membuat penilaian pau yang telah siap.
            3.8.5  Menilai produk mengikut
                 kriteria penilaian.           Aspek                Kriteria                  Catatan
            3.8.6  Melakukan pembungkusan               •  Permukaan atas pau licin
                 produk menggunakan                     •  Tidak berkedut atau kecut
                 bahan dan kaedah yang                  •  Warna putih
                 betul.                                 •  Bentuk sekata dan bulat
            3.8.7  Melakukan penyimpanan                •  Saiz seragam
                 produk di tempat yang betul.           •  Inti tidak terkeluar
                                                Rupa
                                                        •  Permukaan atas pau berkedut
                                                        •  Kecut
                 Tip                                    •  Warna kekuningan
                 Tip
                                                        •  Bentuk tidak sekata
                                                        •  Saiz tidak seragam
             Setelah pau masak, padamkan                •  Inti terkeluar
             api dan biarkan wapnya reda                •  Lembut
             seketika sebelum membuka                   •  Naik semula apabila ditekan
             penutup pengukus.  Tip ini akan            •  Inti padat (tiada ruang kosong
             menghalang kulit pau menjadi      Tekstur     di dalam)
             kedut dan kecut.                           •  Keras
                                                        •  Inti tidak padat
                                                        •  Manis untuk pau inti manis
                  Info                          Rasa    •  Pedas dan savouri untuk pau
                                                           savouri

             Selain kertas minyak, daun                 •  Tawar
             pisang dan kertas kek boleh                •  Aroma yang wangi
             digunakan sebagai pelapik pau.     Bau     •  Tidak berbau masam

                                                        •  Berbau masam



            Pembungkusan dan Penyimpanan
            Kaedah pembungkusan dan penyimpanan pau boleh dibahagikan kepada dua iaitu pau sedia dimakan
            dan pau sejuk beku. Pau yang telah masak perlu disimpan di dalam bekas yang bertutup agar tidak kering
            dan keras.
              Bagi pau sejuk beku pula, pau perlu dimasak sepenuhnya dan dibiarkan sejuk sebelum dibungkus. Pau
            yang telah sejuk dibungkus di dalam plastik Low-Density Polyethylene (LDPE), dipateri dan disimpan pada
            bahagian sejuk beku pada suhu di bawah -18°C.





                                                                                 Aktiviti



                                                                               Murid dibahagikan secara
                                                                               berpasangan. Bincangkan
                                                                               inovasi yang boleh dilakukan
                                                                               pada pemprosesan pau untuk
                                                                               menghasilkan pau yang lebih
             1   Susun pau di dalam bekas     2   Tutup bekas plastik dan      menarik dan dikomersialkan.

                 plastik.                         simpan pau di tempat yang
                                                  sesuai pada suhu bilik.



             160
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171