Page 194 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 194

Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus


           Fungsi Bahan

                     Bahan Mentah                                         Fungsi

                                              •  Bahan utama dalam pemprosesan mi kuning.
            Tepung gandum
                                              •  Memberi sifat kenyal pada mi.
            Garam                             •  Bahan perasa dan agen pengawet.
            Air abu                           •  Menghasilkan tekstur dan bahan perasa mi kuning.

            Air                               •  Melarutkan bahan adunan dan mencelur mi.

            Pewarna kuning                    •  Memberikan warna kepada  mi kuning.
            Minyak masak                      •  Mengelakkan mi kuning daripada melekat.



           Alatan

                       Peralatan                                         Fungsi

            Mangkuk                          Mengisi bahan mentah.

            Pengayak                         Mengayak tepung.
            Penapis                          Mengetus mi kuning.

            Dulang                           Meletakkan bahan adunan dan mi kuning yang dihasilkan.

            Periuk                           Merebus mi kuning.
            Penimbang digital                Menimbang bahan mentah dan mi kuning yang telah siap.

            Mesin pengadun (Mixer)           Mengadun doh mi kuning.

            Mesin mi                         Meleperkan doh dan memotong mi kuning.
            Pemateri vakum (Vacuum sealer)   Memateri plastik pembungkus secara vakum.

            Peti sejuk  (Chiller)            Menyimpan produk siap.

            Bahan dan alatan pembersihan     Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.

            Perlengkapan Perlindungan Peribadi   Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
            (Personal Protective Equipment-PPE)



           Bahan Pembungkus

                   Bahan Pembungkus                                      Fungsi
            Plastik High – Density Polyethylene   Membungkus mi kuning yang telah siap.
            (HDPE)














             188
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199